fbpx

Dua Perlawanan Terakhir Liga Super 2019 Di Larkin Jadi Penentu Kubu Kebal JDT Buat Selamanya

SORAKAN LARKIN INSPIRASI JDT KE ARAH REKOD TANPA KALAH

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai dua lagi baki perlawanan di laman sendiri untuk melengkapkan kempen tanpa kalah Liga Super Malaysia 2019, untuk mencatatkan rekod kemenangan liga kali kedua tanpa tewas selepas musim ‘invincible’ 2016.

Ayuh kita tampilkan kekuatan penuh Sorakan Larkin dalam dua lagi perlawanan terakhir agar JDT berjaya meraih satu lagi rekod – kempen menjuarai liga tanpa kalah kali kedua. Luaskan Kuasamu Johor.

Double Hattrick Champions ?

Jom dapatkan hari ini sebelum game malam ini di Markaz Larkin, Segamat, Muar, dan Kluang!!

PEMBELIAN ONLINE:

Sila Whatsapp kami di 011-3323 8442.

Atau klik link ini ? http://www.wasap.my/+601133238442

▪Penghantaran pos ke seluruh Malaysia sahaja.

LIGA SUPER MALAYSIA 2019 | JDT VS PJ CITY FC

Perlawanan Liga Super Malaysia 2019 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menentang PJ City FC akan berlangsung Selasa ini, 16 Julai 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jam 9.00 malam.

DUA PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER DI LARKIN JADI PENENTU KUBU KEBAL JDT BUAT SELAMANYA

Perjalanan Liga Super Malaysia Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos sudah hampir di penghujung dan ia perlu diberi penghormatan sewajarnya selaku kubu keramat ketika perlawanan menentang PJ City (malam ini) dan Terengganu (19 Julai).

JDT hanya tinggal dua lagi perlawanan Liga Super di Larkin sebelum berpindah ke stadium baharu yang serba canggih, Stadium Sultan Ibrahim menjelang permulaan kempen Liga Super 2020.

Harimau Selatan belum tewas sepanjang 75 perlawanan Liga Super di laman sendiri bermula sejak DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengambil alih bola sepak Johor tujuh tahun lalu. JDT juga telah memenangi 28 perlawanan liga berturut-turut di Larkin.

Sorakan Larkin juga telah memainkan peranan penting dalam usaha membina kubu kebal Larkin, oleh itu ayuh sama-sama kita bersatu dan bekerja sebagai sebuah unit besar – pemain dan penyokong JDT – untuk memastikan Larkin selama-lamanya kekal menjadi kubu JDT yang tidak boleh ditembusi. Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?
Related Post
Terima Kasih Larkin Untuk Segala Memori

B0S kita masih berada di stadium sekarang ini bersama anak dan mesti B0S kita nie Read more

20 Perlawanan JDT Tanpa Kalah, Kempen Tanpa Kalah Liga Super Malaysia 2019

SORAKAN LARKIN INSPIRASI JDT KE ARAH REKOD TANPA KALAH Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Read more

Stadium Larkin Terus Menghitung Untuk Menjadi Sebuah Kubu Kuat!!

KUBU LARKIN, 66 PERLAWANAN DAN MASIH MENGHITUNG Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menyasarkan untuk Read more

Matthew Davies Sudah Menjalani Latihan Bersama Skuad Harimau Selatan

PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies secara rasmi menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi Read more