Dua Pemain JDT Sertai MUFC Secara Pinjaman

Skuad Melaka United FC nampaknya serius untuk memberi cabaran sengit dalam saingan Liga Super musim depan apabila mereka mengumumkan kemasukan dua lagi pemain baharu dari Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman.

Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamad Fadhli Shas dan Muhammad Syazwan Andik menjadi taruhan terbaharu Melaka United FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Melaka United dengan Fadhli dan Syazwan akan bersama skuad Hang Tuah secara pinjaman daripada skuad Harimau Selatan.

Selamat menyertai Melaka United FC buat dua pemain dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamad Fadhli Shas dan Muhammad Syazwan Andik yang sah akan bersama Skuad Hang Tuah secara pinjaman musim ini.

Fadhli Shas yang juga pemain Pertahanan Tengah berusia 31 tahun ini adalah antara tonggak utama Skuad Harimau Muda A dari 2009 hingga 2014 sebelum menyertai JDT pada 2014 dan JDT 2 musim lalu selain telah membuat lebih 50 penampilan buat Skuad Kebangsaan.

Semoga dengan pengalaman yang dimiliki Fadhli Shas bakal memperkukuhkan lagi benteng pertahanan Melaka United musim ini.

Sementara Syazwan Andik Pemain Sayap berusia 25 tahun ini yang juga produk Harimau Muda B telah membuat sebanyak 18 penampilan bersama Skuad Kebangsaan, boleh beraksi di posisi sayap kiri dan pernah bersama pasukan Kuala Lumpur pada 2018 sebelum kembali ke JDT setahun selepas itu dan musim lalu beraksi buat JDT II.

Semoga dengan kehadiran kedua-dua pemain ini dapat dimanfaatkan bagi menguatkan cabaran Melaka United musim ini. Semoga berjaya Fadhli dan Syazwan bersama Skuad Hang Tuah.

Berita perpindahan dua pemain itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana JDT sebelum ini sudah memaklumkan bahawa kelab itu akan meminjamkan beberapa pemainnya ke pasukan lain.

Sementara itu juga Kelab Bolasepak Melaka United FC mengumumkan pelantikan Risto Vidaković, jurulatih dari Bosnia & Herzegovina selaku Ketua Jurulatih Skuad Hang Tuah yang baharu menggantikan Zainal Abidin Hassan.

Komen Anda?