Kedudukan terkini carta Liga Super 2022. Pertemuan pendahulu Liga Super, N.Sembilan menentang JDT Rabu ini pastinya menarik perhatian penyokong bolasepak tempatan.
Dua pasukan yang paling konsisten setakat ini, namun rekod JDT lebih cemerlang dengan menang kesemua 4 perlawanan selain hanya dibolosi 1 gol sahaja.
📊 KEDUDUKAN – LS7#LigaSuper2022 pic.twitter.com/fuLAko8qQC
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) May 7, 2022
NSFC mahu pertahan rekod tanpa kalah
Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) menjanjikan persembahan terbaik apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta`zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Rabu ini.
Di Petik dari Laman Harian Metro, Penolong ketua pasukan, Nasrullah Haniff Johan berkata, dia dan rakan sepasukan skuad Hobin Jang Hobin sememangnya menantikan pertembungan dengan pendahulu carta liga itu bagi menilai kekuatan sebenar pasukannya.
“Pertembungan dengan JDT sememangnya dinantikan bukan sahaja bagi peminat pasukan Negeri Sembilan, tetapi pemain sendiri.
“JDT adalah sebuah pasukan dalam kelas tersendiri bukan kerana mereka juara lapan kali Liga Super tetapi beraksi cemerlang di pentas Liga Juara-Juara Asia.
Safe travels, boys!
Safe travels, boys! 👍
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 10, 2022
More photos at https://t.co/9Xu3vFoj33#JDT#Awayday#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/AHPLdFQFrk
“Sebagai pendatang baharu dalam Liga Super musim ini, kami amat teruja untuk bertemu dengan JDT bagi menguji kekuatan sebenar pasukan dan melalui perlawanan itu serta keputusan bakal dijelmakan nanti, kami dapat membuat penilaian serta memperbaiki sebarang kelemahan untuk memacu pasukan ke hadapan,” katanya, hari ini.
Tonggak berpengalaman berusia 31 tahun itu yang membantu Negeri Sembilan menjulang trofi Liga Perdana musim lalu berkata, dia dan rakan sepasukan akan beraksi seperti biasa, namun sedar perlawanan itu menuntut setiap pemain menggandakan kekuatan.
Menurut pemain kelahiran Seremban itu, fokus mereka adalah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga yang dicapai ketika ini dan berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri, bukan mustahil untuk merealisasikan sasaran berkenaan.
“Fokus kami tidak mahu tewas kepada JDT dan kami akan berusaha mempertahankan gawang sebaik mungkin, walaupun sedar untuk mencapai sasaran itu bukan mudah.
“Berbekalkan prestasi semasa pasukan yang memberangsangkan ketika ini selepas menang ke atas Sarawak United, Jumaat lalu, diharap momentum berkenaan berterusan, pada Rabu ini,” katanya.
NSFC ketika ini menduduki puncak carta liga dengan meraih 14 mata hasil empat kemenangan dan dua seri. Sumber : Harian Metro
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022
4 perlawanan di LS8 hari ini & esok! Mana satu perlawanan tumpuan #LigaSuper2022 pilihan anda? 👀
Johor Darul Ta’zim kembali ke saingan Liga Super selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan ACL2022.
📆 Jadual perlawanan Pusingan LS8 Liga Super yang akan bermula esok.
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) May 9, 2022
Perlawanan tumpuan pusingan ini adalah _____? 🤔#LigaSuper2022 pic.twitter.com/RIZy2G9PRt
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.