Dua Kali Kubu Larkin Telah Digegar, Ayuh!! Kita Turun Ke Stadium Larkin Aksi JDT vs PJ City

PIALA MALAYSIA 2019 | JDT VS PJ CITY FC

Perlawanan Piala Malaysia 2019 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menentang PJ City FC akan berlangsung Rabu ini, 7 Ogos 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jam 9.00 malam.

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Dua kali Kubu Larkin telah digegar, dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh membiarkan ianya terjadi buat kali ketiga apabila PJ City berkunjung ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos untuk saingan Piala Malaysia pada Rabu, 7 Ogos 2019.

PJ City mungkin hadir ke Larkin dengan keyakinan yang tidak pernah didengari sebelum ini dari pasukan pelawat, dan ia terpulang kepada kami, para pemain JDT, barisan kejurulatihan, penyokong dan pengurusan untuk sama-sama bangkit dan memastikan Larkin tidak ditembusi sekali lagi.

Sebuah unit bersatu di mana para pemain Harimau Selatan berjuang bersungguh-sungguh dan di mana para penyokong memastikan atmosfera yang gemilang dengan Sorakan Larkin yang hebat akan menjadikan JDT sebagai satu unit yang menggentarkan bagi sesiapa sahaja yang menghalang kita.

Ayuh kita semua lakukan peranan masing-masing dan tunjukkan kepada PJ City, Johor Darul Ta’zim yang sebenar di Larkin esok!

Sumber : JOHOR Southern Tigers

TEMUBUAL BERSAMA PEMAIN JOHOR DARUL TA’ZIM – SAFAWI RASID & AKHYAR RASHID

MERAH BIRU! KEMBALIKAN SEMANGAT ITU!

Komen Anda?