CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020 | 10 OCTOBER 2020
We end the 2020 Malaysia Super League UNDEFEATED… again after 2016 🔴🔵
MELAKA UNITED [0-5] JDT
(Leandro Sebastián Velázquez 70′(pen) / Syafiq Ahmad 75′ / Aidil Zafuan 79′ / Fernando Rodriguez 84′ / Gonzalo Cabrera 90’+3)
JDT kekal rekod tanpa kalah
MELAKA: Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan Liga Super dengan rekod tanpa kalah selepas mencatat kemenangan pada aksi terakhir menewaskan Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.
Harimau Selatan yang sudah dinobatkan juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut menguasai hampir keseluruhan babak pertama namun gagal memecah kebuntuan jaringan selepas Melaka kental bertahan.
Malah beberapa peluang yang terhidang berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali.
Peluang terbaik JDT mencipta gol pembukaan hadir pada minit ke-19 menerusi Gonzalo Cabrera namun sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar Norazlan.
Skuad Hang Tuah yang sesekali memasuki kawasan pelawat turut memiliki peluang menjaringkan gol namun percubaan lemah Sony Norde berjaya diselamatkan penjaga gol Mohd Farizal Marlias pada minit ke-30.
Babak kedua menyaksikan anak buah Benjamin Mora terus berusaha gigih memecah kubu pertahanan Melaka namun tandukan kencang Gonzalo sekali lagi berjaya diselamatkan Norazlan.
Kekebalan benteng tuan rumah bagaimanapun runtuh apabila JDT mencipta jaringan pertama menerusi sepakan penalti Leandro Velazquez pada minit ke-70.
Gol itu jelas menyemarakkan semangat pelawat yang menambah empat lagi jaringan menerusi Shafiq Ahmad pada minit ke-75 diikuti tandukan Aidil Zafuan Abd Razak (m-78), Fernando Rodriguez (m-84) dan Leandro Velazquez (m-90).
Sumber : Berita Harian
📊 KEDUDUKAN CIMB LIGA SUPER – PUSINGAN LS11

- Padang Stadium Sultan Ibrahim Sudah Hampir Sedia
- Petugas Kesihatan Beri Khidmat Dengan Penuh Kasih Sayang
- Shafiq Ahmad Ucap “Happy Birthday” Pada Isterinya
- Ebit Lew Beli 100 Tab Untuk Pelajar Memerlukan
- Ibu Terdesak Curi Kerana Anak Demam Dapat Bantuan