Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat

Terengganu FC (TFC) menumpaskan Selangor FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Kekalahan itu juga menyaksikan Nidzam Jamil tidak berjaya meraih mata dalam tugas pertamanya selaku pengendali sementara Selangor. 

Selangor memperoleh peluang terbaik seawal minit keempat selepas Mukhairi Ajmal Mahadi berjaya memintas hantaran yang cuba dilakukan kapten TFC, Pape Diakite berhampiran kotak penalti, namun percubaan pemain tengah Gergasi Merah itu sekadar menggegar tiang.

Ketika perlawanan tampak seimbang, pemain tengah TFC, Habib Haroon mengejutkan Selangor pada minit ke-13 apabila rembatan derasnya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, Samuel Somerville.

13′ GOL | Rembatan Habib Haroon dari luar kotak penalti meletakkan Terengganu FC di hadapan!

Seorang lagi pemain tengah, Manuel Ott kemudian mengukuhkan kedudukan buat TFC apabila dia berjaya menampan masuk bola hantaran Faisal Halim pada minit ke-39.

39′ GOL | Manuel Ott menggandakan kelebihan TFC!

Selangor cuba bangkit memburu jaringan pada babak kedua, namun beberapa gerakan dan percubaan yang dilakukan mereka tidak membuahkan hasil.

Pemain gantian, Shahrel Fikri Fauzi berjaya meledak gol buat Selangor pada minit ke-87, namun jaringan itu dibatalkan selepas dia dikesan berada dalam keadaan ofsaid dan kedudukan 2-0 memihak TFC kekal hinggal tamat permainan.

Keputusan itu menyaksikan TFC mengumpul 23 mata untuk berada di kedudukan keempat, sementara Selangor pula di kedudukan kesembilan dengan 16 mata. Sumber : BH

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER -LS17

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?