Dua Gol Ifedayo Omosuyi Bantu Melaka Tewaskan Selangor FC

Ifedayo menjadi wira di laman sendiri dengan 2 jaringan dia yang membantu Melaka United meraih 3 mata penuh malam ini!

Ifedayo buat Selangor menangis

Dua jaringan Ifedayo Olusegun berjaya membantu Melaka United (MU) membenam bekas pasukannya, Selangor FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Di petik dari laman Berita Harian, Kemenangan itu sekali gus mengakhiri kemarau skuad Hang Tuah ke atas lawan itu yang kali terakhir dilakar pada 21 Julai 2018.

Bagaimanapun aksi perlawanan kurang menarik sepanjang 26 minit awal permainan tanpa percubaan bahaya daripada kedua-dua pasukan dengan pergerakan bola banyak lebih berlegar di bahagian tengah padang.

Walaupun tuan rumah dan pelawat cuba memasuki kotak penalti lawan masing-masing namun pergerakan penggempur mereka sering tersekat dengan kawalan baik benteng pertahanan kedua-dua pasukan.

Namun ketika Selangor yang lebih banyak melakukan asakan, Melaka mengambil kesempatan melakukan gerakan dari sebelah kanan gawang lawan menerusi hantaran lintang Sony Norde yang disudahkan dengan baik Ifedayo untuk menghadiahkan jaringan pembukaan tuan rumah.

Gol pada minit ke-39 itu bagaimanapun jelas membakar semangat pelawat untuk memburu jaringan penyamaan namun sepakan percuma Mukhairi Ajmal pada minit ke-41 gagal disambut Herlison Caion.

Ifedayo Omosuyi menyudahkan hantaran Sony Norde untuk gol pendahuluan Melaka United!

Bersambung babak kedua Selangor terus berusaha mencari jaringan penyamaan namun percubaan Quentin Cheng pada minit ke-50 terus kedakapan penjaga gol Melaka, Tian Keat See.

Kejayaan mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 Sabtu lalu lalu jelas meningkatkan momentum tuan rumah untuk beraksi lebih baik pada aksi terbabit dalam masa sama bijak menyerap asakan pelawat untuk melakukan serangan balas pantas.

Hasilnya, Ifedayo berjaya meledak gol kedua skuad Hang Tuah selepas menerima hantaran jauh pada minit ke-57 untuk menewaskan pertahanan Selangor seterusnya menggelecek penjaga gol, Samuel Somerville bagi jaringan keduanya pada perlawanan terbabit.

Ifedayo Omosuyi meledak sekali lagi untuk menggandakan kelebihan tuan rumah!

Kemenangan itu membolehkan MU kini berada di tangga kelapan liga sementara Selangor di kedudukan ketujuh dengan masing-masing mengumpul 12 mata. Sumber : Berita Harian

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS12

Melaka United FC naik satu anak tangga ke tempat kelapan Liga.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: