fbpx

DS Najib Razak Sumbang Barang Keperluan Pada Pelajar Universiti Malaya

Terima kasih diucapkan kepada Dato Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Pekan, atas sumbangan barang keperluan asas dan makanan kering untuk pelajar Universiti Malaya. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) 2020 diketuai Saudara Presiden Haziq Azfar Ishak telah menerima sumbangan ini pada petang tadi.

Kami team Taskforce Covid-19 KMUM yang diketuai Saudara Najmi Azamuddin akan cuba sedaya upaya untuk agihkan sumber makanan dan keperluan asas ini kepada mahasiswa/i di universiti malaya. Dengan ini kami berharap mahasiswa/i bertenang dan ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan semasa halangan pengerakan ini berlaku.

“Berkhidmat Demi Mahasiswa”

AFIQ WAN ALIAS
Ahli pasukan taskforce Covid-19,
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya 2020

Terima kasih diucapkan kepada Dato Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Pekan, atas sumbangan barang keperluan asas dan…

Posted by Afiq Wan Alias on Ahad, 22 Mac 2020

Komen Anda?