Dion Cools Tak Menyesal Pilih Main Dengan Malaysia!

ENRICH MAN OF THE MATCH

Pemain Harimau Malaya, Dion Cools dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas satu jaringannya membantu kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh pada aksi terakhir Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Cools tak menyesal pilih Malaysia

Pemain pertahanan negara, Dion Cools mengakui tidak menyesal memilih untuk mewakili Malaysia selepas dia berjaya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023.

Di petik dari laman Berita Harian, Pemain kacukan Malaysia-Belgium yang menyertai skuad Harimau Malaya ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pertengahan tahun lalu menjelaskan bahawa dia berpuas hati apabila dapat membantu pasukan negara mencipta kejayaan.

“Saya mempunyai darah Malaysia dan saya sanggup melakukan apa sahaja demi negara ini. Saya berikan segala-galanya apabila berada di atas padang.

“Mentaliti sebegini yang membuatkan saya bersemangat memberikan 100 peratus untuk pasukan dan seluruh penyokong,” katanya selepas perlawanan dengan Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Cools dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu dengan dia menyumbang satu gol dan beraksi cemerlang untuk membantu skuad kendalian Kim Pan Gon menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia bagi Kumpulan E.

Kemenangan itu juga membolehkan Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas 1980.

Selain itu, Cools turut mengakui terdapat perbezaan apabila mewakili negara dengan kelabnya di Eropah sebelum ini terutama perasaan ketika meledak jaringan sulung buat Harimau Malaya.

“Ini adalah saat yang sangat menakjubkan apabila berjaya menjaringkan gol pertama saya (bersama pasukan kebangsaan).

“Saya seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu dan saya akan menikmatinya selain berharap dapat menyumbang lebih banyak gol selepas ini,” katanya.Sumber : Berita Harian

Dion Cools tak menyesal pilih main dengan Malaysia!

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: