Diogo Menjaringkan Gol Dalam Perlawanan Persahabatan Menentang Dibba Al-Fujairah

Satu permulaan dan perkembangan yg positif… pemain2 sudah mula mendapat rentak dan keserasian.. Sebelum aksi sepak mula Liga M dan ACL.

INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 23 JANUARY 2020

Dibba Al-Fujairah Club (UAE) [0-1] JDT

(Diogo Luís Santo 4′)

Berikut Antara sebahagian aksi-aksi menarik yang telah dirakamkan oleh Official JOHOR Southern Tigers ketika perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara Johor Darul Ta’zim dan Dibba Al-Fujairah Club (UAE) di Dibba Stadium pada 23hb Januari 2020.

Luaskan Kuasamu Johor.

Aidil still the best local senior defender for jdt and malaysia…

Perlawanan Seterusnya:-

26 JANUARY | TURKMENISTAN NATIONAL TEAM

6.00 PM [LOCAL TIME]

JEBEL ALI COE STADIUM, DUBAI

Sedikit Petikan Dari SemuanyaBola

Menariknya, tatkala kebiasaan pra musim pasukan-pasukan akan diuji oleh pasukan berstatus kelab, JDT pula akan diuji oleh pasukan kebangsaan Turkmenistan

Turkmenistan bukanlah boleh dianggap lawan calang-calang berdasarkan prestasi terkini pasukan tersebut.

Berada di dalam kumpulan yang sama seperti Korea Selatan dan Korea Utara di pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Turkmenistan kini adalah pendahulu Kumpulan H.

Perlawanan menentang JDT pasti akan menjadi satu lagi medan ujian buat pasukan yang berada di rangking ke-129 dunia itu sebelum pertemuan menentang Korea Selatan pada Mac hadapan.

Bagi perlawanan tersebut, JDT dijadualkan akan bertemu Turkmenistan pada 26 Januari di Stadium Jebel Ali Coe waktu tempatan.

Komen Anda?