Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memikat semula penyerang sensasi, Diogo Luis Santo bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.
Menerusi video pendek di laman rasmi Johor Southern Tigers, Diogo tiba di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim dan melangkah masuk ke stadium selain menjengah ke bilik persalinan sambil melihat jersi bernombor 11 yang bakal disarungnya pada saingan Liga Super musim ini.
Someone dropped by last night!#WelcomeHome#Diogo#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/VSwT2z4XQW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 4, 2023
Spekulasi mengenai kepulangannya mula bertiup kencang apabila pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pengumuman kelab itu akan menandatangani penyerang dari Brazil bagi musim 2023.
Bagaimanapun, Tunku Ismail tidak menyebut nama pemain dari Brazil yang bakal bersama skuad Harimau Selatan namun klip video yang disiarkan di laman rasmi kelab berkenaan sudah cukup meleraikan spekulasi bermain di kalangan penyokong JDT.
Diogo pernah menyertai JDT pada musim 2019 dan 2020 dan berjaya menjaringkan 16 gol selepas membuat 32 penampilan bersama skuad Harimau Selatan.
Namun pada penghujung 2020, pemain kelahiran Sao Paulo, Brazil itu tidak menyambung kontrak bersama JDT sebaliknya memilih untuk menyertai kelab dari Thailand, BG Pathum United dan pada bulan November 2022, dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan karier bersama kelab berkenaan.
Kehadiran Diogo bakal menyaksikan rangkaian serangan Harimau Selatan tampak lebih mencengkam tatkala memiliki Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri yang pastinya memberi ancaman terhadap pasukan lawan pada saingan Liga Super yang lebih mencabar pada musim ini.
Sumber : Harian Metro
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.