Derita 4 Hari Di Dalam Longkang, Warga Emas Ucap Terima Kasih Kepada Mereka Yang Menolong

‘Terima kasih keluarkan saya dari longkang’

“TERIMA kasih kepada mereka yang menolong saya keluar dari longkang itu, jika tidak belum tentu saya masih hidup,” kata lelaki hanya mahu dikenali sebagai Bala, 58.

Semalam, Bala ditemui di dalam sebuah longkang di Padang Jawa, Shah Alam oleh suami isteri iaitu Rusma Samsudin, 39, dan Wan Mohd Zul Haffizi Wan Hussin, 30.

Bala yang sudah berada di dalam longkang itu selama empat hari berkata, selepas terjatuh ke dalam longkang itu, dia sudah menjerit bagi meminta pertolongan, namun tidak didengari.

“Apabila saya jatuh, seluruh badan sangat sakit. Saya cuba bangun, namun tidak mampu berikutan merasakan kaki terseliuh.

“Namun, saya bersyukur ada orang jumpa saya di dalam longkang itu dan seterusnya membantu saya keluar.

“Malah, mereka memandikan, memberi minuman dan makanan serta pakaian kepada saya sebelum menghubungi ambulans,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Shah Alam (HSAS), hari ini.

Dalam pada itu, Rusma yang melawat Bala di hospital berkenaan berkata, dia bersyukur apabila melihat lelaki itu sudah semakin sembuh berbanding semalam.

“Dia kelihatan sangat lemah apabila kami menemuinya. Ketika kami temui dia di dalam longkang itu, tapak kakinya sudah kecut dan badannya sangat kurus.

“Hari ini apabila saya melawat Bala, dia kelihatan sedikit berisi berbanding semalam berikutan sudah diberi makan dan dimasukkan ‘drip’ air,” katanya.

Rusma berkata, dia dan suaminya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai manusia untuk membantu lelaki itu tanpa mengira kaum yang berada dalam kesusahan.

“Ramai yang memberi reaksi positif. Ada segelintir saja beri komen negatif.

“Namun apa yang saya lakukan bersama suami dan dua pekerja adalah atas tanggungjawab dan ihsan sesama manusia,” katanya.

Semalam, portal Harian Metro melaporkan berkenaan Bala yang bernasib baik apabila diselamatkan suami isteri selepas terjatuh di dalam longkang di Padang Jawa, Shah Alam, sejak empat hari lalu.

Rusma kemudiannya memuat naik status di Facebook bersama beberapa keping gambar mengenai seorang lelaki tua jatuh di dalam longkang.

Tindakan beliau memandikan serta memberikan makanan kepada lelaki itu dipuji netizen.

Sumber : Harian Metro

#Bissmillahhirohmanirohim

Alhamdulillah syukur kes ni mndapat perhatian ramai..ini menunjukkan bertapa ramainya rakyat malaysia yg perihatin dan berperikemanusiaan..Terima kasih smua..❤️
hanya Allah yg dpt membalasnya.. untuk pengetahuan semua tadi kami ada pergi melawat uncle ni dihospital dan dia ada menunjukkan reaksi yg positif..mukanya dh nmpk sedikit berisi dari kemarin..kakinya dh mula kemerah merahan daripada semalam kakinya pucat sgt mcm mayat..?kami xdpt nk mngambil gmbar uncle sbb ada larangan dr pihak hospital..kami ada la sedikit bertanya tentang kejadian yg menimpanya jawapan yg amat menyedihkan yg kami dgr dia ckp dia di buang dari keluarganya ..dorang buang dia dr kuala selangor smpi sini menaiki kereta tp tak pasti tmpt yg dibuang di sini( padang jawa) sblom tu dia dipukul2..Ya Allah kejamnya ?..katanya lagi dia jalan beberapa kali jatuh2 smua organ badan dan kakinya sakit dan lemah..tadi dia ckp lapar sgt2 tp xblh mkn lagi dia kena puasa sbb pihak hospital nk scan organ dalaman ..semoga uncle cpt2 sembuh yer..kami smua syg uncle..❤️siapa pun kita ,cina melayu india kita adalah manusia..??manusia yg hidup dimuka bumi ini tanpa mengira bangsa agama utk saling bantu mmbantu☝?

#majulahMalaysiaTanpaMengiraPerkauman

Facebook Comments