Delegasi Skuad Kebangsaan Brazil Lawat Fasiliti JDT

DELEGASI SKUAD KEBANGSAAN BRAZIL LAWAT FASILITI JDT

Satu delegasi skuad kebangsaan Brazil yang terdiri daripada penyelaras pasukan Juninho Paulista, Penyelia Besar Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) Luis Wagner, Pengarah Pemasaran Gilberto Ratto dan pemain legenda Bebeto telah melawat fasiliti milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari Jumaat, 11 Oktober 2019 untuk membincangkan kemungkinan menggunakan fasiliti Harimau Selatan apabila Selecao berada di rantau ini pada masa akan datang.

Delegasi tersebut telah berkunjung ke Pusat Latihan Kelab Bolasepak JDT di Padang Seri Gelam, yang dianggap antara fasiliti terbaik di Asia, sebelum mengunjungi Stadium Sultan Ibrahim yang akan siap tidak lama lagi dan Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri. Turut sama hadir adalah Penasihat Media Vinicius dan Ketua Keselamatan Aloisio Rocha. Luaskan Kuasamu Johor.

Facebook Comments