fbpx

Delegasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Kini Berada Di Turin Bersama Gergasi Itali, Juventus FC

DELEGASI JDT BERADA DI TURIN UNTUK MEMPELAJARI CARA PENGURUSAN BOLA SEPAK JUVENTUS, PENJAGAAN STADIUM DAN KURSUS KEJURULATIHAN SEBAGAI SEBAHAGIAN KOLABORASI JDT-JUVENTUS

Delegasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di Turin sebagai sebahagian daripada kolaborasi Harimau Selatan bersama gergasi Itali, Juventus FC. Ini merupakan hasil dari perbincangan positif antara DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dan Andrea Agnelli, Pengerusi Juventus ketika lawatan baginda pada Mac lalu.

Antara perkara yang terkandung dalam agenda adalah kursus kejurulatihan, pembangunan bola sepak – pengurusan, kemudahan dan belia – serta penjagaan stadium.

Delegasi JDT tiba pada hari Isnin dan terus menuju ke Stadium Allianz di mana Alberto Pairetto, ‘Head of Stadium Revenue’ memberikan taklimat mengenai pengkomersilan Stadium Allianz. Delegasi ini akan berada di sana untuk beberapa hari bagi mempelajari apa yang dilakukan oleh Juventus sebelum kembali ke Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?