“Daulat Tuanku” Sultan Johor Ingatkan Rakyat Jangan Ambil Mudah Kewujudan Kluster Baharu

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengingatkan rakyat tidak mengambil mudah dengan peningkatan kluster-kluster baharu COVID-19 di Johor.

Statistik Semalam 2/12/2020

Mari kita bersama-sama mengamalkan kawalan kendiri bagi mencegah penularan COVID-19.

RAKYAT JANGAN AMBIL MUDAH KEWUJUDAN KLUSTER BAHARU COVID-19

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengingatkan rakyat tidak mengambil mudah dengan peningkatan kluster-kluster baharu COVID-19 di Johor.

Baginda Tuanku Sultan bertitah, menegaskan masyarakat perlu terus mematuhi amalan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini, bagi membendung penularan wabak COVID-19.

DYMM Sultan Johor bertitah, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan menggunakan cecair membasmi kuman adalah langkah penting yang perlu sentiasa diamalkan dalam memutuskan rantaian wabak itu.

“Pada masa sama, masyarakat dinasihatkan untuk mengelak daripada menganjurkan apa-apa majlis yang mengundang orang ramai berkumpul kerana ia berisiko tinggi.

“Jangan kita leka atau memandang ringan akan penularan wabak berkenaan,” titah DYMM Sultan Johor.

Baginda Tuanku Sultan bertitah, kegagalan mematuhi SOP, akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes, seterusnya memberi pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat.

“Masyarakat juga perlu menjaga kesihatan ahli keluarga dengan mengamalkan SOP serta jangan mendedahkan kanak-kanak dan ibu bapa kepada bahaya jangkitan,” titah Baginda.

Baginda bertitah, penularan wabak COVID-19 ini adalah ujian daripada Allah SWT yang sedang menguji hamba-hamba-Nya di muka bumi ini.

Setiap ujian yang melanda, pasti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala’ bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan Allah amat mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Taghabun ; 11)

Komen Anda?