Datuk Seri Dr Adham Baba Melawat PPV OKU Sentral di Johor Bahru

Pagi ini saya berkunjung ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik MBJB Area Larkin di Johor Bahru.

Di PPV ini, penjaga OKU dan warga emas juga turut boleh menerima perkhidmatan vaksinasi ini.

Bermula esok iaitu 20 September 2021 sehingga 30 September 2021, operasi PPV Pandu Lalu ini akan diteruskan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Saya yakin pertambahan kapasiti pandu lalu ini akan mampu memberi vaksinasi kepada lebih ramai lagi yang memerlukan.

Komen Anda?