fbpx

Datuk Ong Kim Swee Yakin Bahawa Peluang Malaysia Masih Terbuka

MANILA, 27 Nov — Ketua jurulatih pasukan bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee yakin bahawa peluang Malaysia masih terbuka dalam saingan Kumpulan A, acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2019.

Selepas terikat 1-1 menentang Myanmar pada aksi sulung Isnin lepas, Malaysia kini berkongsi satu mata bersama empat pasukan lain, apabila tuan rumah, Filipina turut mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kemboja dalam satu lagi aksi.

Bagaimanapun, Kim Swee yang mengendalikan skuad negara buat kali kelima berturut-turut di Sukan SEA, menuntut para pemainnya supaya meraih mata penuh dalam tiga aksi peringkat kumpulan menentang Filipina pada Jumaat, Timor Leste (Isnin) dan Kemboja (Rabu) untuk layak ke pusingan separuh akhir.

“Saingan masih terbuka, kita tahu semua pasukan mempunyai satu mata, jadi kita harus konsisten dan kedua saya percaya kedudukan akan berubah. Saya percaya bahawa keputusan perlawanan pertama tidak akan menentukan keputusan pada perlawanan akhir,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Memorial Rizal di sini, hari ini.

Sementara itu, Kim Swee berkata bahawa pihaknya mengambil keputusan untuk berlatih di venue perlawanan walaupun terpaksa berlatih pada cuaca panas pada pukul 10 hingga 11 pagi, dengan panas teriknya seperti waktu tengah hari di Malaysia.

Pasukan yang mahu menggunakan padang di Stadium Memorial Rizal untuk latihan hanya boleh berbuat demikian pada waktu pagi kerana terdapat perlawanan waktu petang pada setiap hari di venue itu.

“Kita diberi pilihan sebelum tiba, iaitu mereka membenarkan kita berlatih di padang latihan yang agak jauh, di mana memerlukan lebih kurang tiga jam untuk pergi dan balik atau di sini. Jadi apabila kita tiba di sini, kita meminta untuk berlatih pada sebelah pagi kerana jarak (berjalan kaki) amat dekat dari hotel penginapan.

Kita harus memilih sama ada kita mahu berlatih di bawah matahari, ataupun kita harus berlatih di tempat yang begitu jauh. Jadi saya memilih untuk berlatih di sini walaupun pukul 10 hingga 11, tetapi latihan sejam amat penting,” katanya.

Sementara itu, Kim Swee berharap tiga pemain negara yang mengalami kecederaan ringan, Muhammad Daniel Amier Norhisham, Mohamed Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan mampu pulih dalam masa dua hari ini sebelum bertemu Filipina.

BERNAMA

Komen Anda?
Related Post
Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina – Sukan Sea 2019

Sukan SEA 2019 (Bola Sepak Lelaki) | Jumaat, 29 November 2019 FILIPINA 1-0 MALAYSIA ⚽️ Read more

Jersi Harimau Malaya, JDT Buat Mufti Wilayah

KEJUTAN DARIPADA ISTANA NEGARA Menerima kunjungan mengejut wakil Istana Negara menyerahkan beg yang penuh dengan Read more

Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid Membuat Kejutan

?Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid membuat kejutan? Beliau beserta keluarga membuat kunjungan bagi menyerahkan sumbangan Read more

Sepakan Kaki Kiri Safawi Rasid Berjaya Menumpaskan Indonesia

Dua gol daripada penyerang sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid meleburkan impian skuad Garuda untuk cuba Read more