Datuk Lee Choong Wei Beri Kata-Kata Semangat Buat Lee Zii Jia

Walaupun tidak dapat menewaskan Chen Long, Zii Jia telah memberikan aksi yang cukup bertenaga sehingga ke akhir set penentuan.

Meskipun tewas, saya dan seluruh rakyat Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Lee Zii Jia yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Saya dapat rasakan semangat Zii Jia telah membawa seluruh rakyat Malaysia bersama memberikan sokongan tidak kira di mana jua berada.

Semoga terus maju pada masa akan datang!

Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei memberi kata-kata semangat buat pemain perseorangan utama negara itu.

Lee Zii Jia , usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.

Dibekalkan lebih pengalaman nanti, ChenLong pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, ChenLong bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

Semalam game I rasa dari segi power, speed and teknik, ZiiJia memang mengatasi ChenLong. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olympik pertama kot, siapalah tak cemas? Game ChongWei time first Olympic pun tak kemas.

Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya di’tangguh’kan.

I’m proud of you. Malaysians are proud of you.

Sidenote: Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ bole dapat emas Olimpik.

Jangan Lupa Petang ini. Semifinal #Tokyo2020

Ayuh, Malaysia! Jom semua berikan sokongan kepada Aaron-Wooi Yik! 🇲🇾💪🏼

Komen Anda?