Datuk Haji Hamidin Mahukan Harimau Malaya Teruskan Perjuangan

Datuk Haji Hamidin Mahukan Harimau Malaya Teruskan Perjuangan

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin tetap memuji prestasi skuad Harimau Malaya pada aksi bertemu UAE pada saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

“Kita hampir melakar kejutan sebentar tadi, diharap skuad Harimau Malaya menjadikan kekalahan dengan UAE 2-1 ini sebagai pembakar semangat untuk bangkit semula di Hanoi 10 Oktober nanti.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan pada 5 September lalu maka tidak mustahil untuk kita bangkit semula menentang Vietnam.

“Namun perlu diingat bukan mudah untuk mengekalkan momentum kemenangan konsisten, lantaran itu pemain perlu sentiasa mengikut taktikal permainan jurulatih serta paling utama kekal fokus.

“Apapun kombinasi serta persefahaman yang baik telah dipamerkan pemain dan diharap pemain terus bermain dengan semangat juang yang tinggi, demi lencana didada. Diharap penyokong terus memberi sokongan padu kepada pemain negara,”kata Datuk Haji Hamidin.

#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers

Sumber : FAM

Facebook Comments