Datuk Haji Hamidin Bersarapan Bersama Pemain Harimau Malaya

Matchday | Selasa, 10 September 2019

MALAYSIA ?? lwn ?? UAE

Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 malam

* Kaunter tiket di Pintu A, B, C & D (Malaysia) & Pintu E (UAE) dibuka bermula jam 2.00 petang ini

* Siaran langsung di TV2 & Astro Arena

Datuk Haji Hamidin Bersarapan Bersama Pemain Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah berkesempatan meluangkan masa bersarapan pagi bersama para pemain skuad Harimau Malaya di hotel penginapan mereka, pagi tadi bagi memberikan kata-kata motivasi terakhir menjelang aksi bertemu UAE, malam ini.

Aksi kedua Kumpulan G bagi saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan jam 8.45 malam ini.

“Kita telah memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan pada 5 September lalu. Jadi momentum dan rentak positif itu perlu kita teruskan pada perlawanan kedua bertemu UAE ini.

“Saya harap para pemain akan tampil dengan semangat juang yang tinggi dan mempamerkan persembahan terbaik mereka, lebih-lebih lagi apabila kita akan dibantu dengan sorakan padu puluhan ribu penyokong sendiri di Rumah Harimau Malaya (Stadium Nasional) kita ini,” kata Datuk Haji Hamidin.

Turut sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang juga pengurus pasukan, Dato Posa Majais selaku penolong pengurus pasukan, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe serta barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan.

Info Tiket & Pintu Bagi Perlawanan Malaysia ?? lwn ?? UAE Malam Ini

* Kaunter Jualan Tiket di Pintu A, B, C & D (penyokong Malaysia) & Pintu E (penyokong UAE) akan dibuka bermula 2.00 petang ini

* Harga tiket di kaunter adalah RM40 (terbuka), RM60 (grandstand) & RM7 (kanak-kanak 7-12)

* Sila datang awal untuk pembelian tiket & kemasukan ke dalam stadium bagi mengelak kesesakan terutama pada waktu puncak

* Pintu masuk ke dalam stadium melalui Pintu A, B, C & D (penyokong Malaysia) & Pintu E (penyokong UAE) dibuka bermula 5.45 petang ini

* Pastikan anda masuk ke dalam stadium melalui pintu masuk yang betul seperti yang tertera di tiket atau e-tiket anda

* Sila hormati penyokong lain dengan duduk di nombor tempat duduk anda yang sepatutnya seperti tertera di tiket atau e-tiket anda

Sumber : FAM

Facebook Comments