Daniel Ting Sah Sertai JDT

Teka-teki destinasi seterusnya bekas pertahanan Kuala Lumpur (KL) City FC Daniel Ting pada musim ini akhirnya terlerai apabila pemain itu secara sah kembali ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengumuman membabitkan kepulangan pemain disahkan menerusi video yang dimuatnaik di laman Facebook Johor Southern Tigers yang memaparkan kelibat pemain berkenaan yang kemungkinan akan menguatkan lagi pertahanan kiri JDT. 

Pemain kacukan Malaysia-England itu pernah beraksi selama dua musim di JDT pada 2016 dan 2017 namun hanya diturunkan bersama JDT II.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?