Dahsyat Betul Nama Menu Masakan DS Ahmad Maslan, Sempena Menang PRK CH Saya Masak Sendiri Untuk Keluarga

Saya masak sendiri

Sempena menang PRK Cameron Highlands, makan dengan keluarga setelah beberapa hari ditinggalkan untuk kempen .

1. Sambal telur warna Strawberry

2. Bilis goreng bawang Kpg Orang Asli

3. Kobis masak lemak Felda Sg Koyan

4. Nasi putih awan Cameron

Saja2 je nama tu

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bila sudah menang hatipun senang. Mungkin itu ungkapan paling sesuai buat Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang kelihatan gembira hari ini.

Sempena kemenangan calon Barisan Nasional Ramli Mohd. Nor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam, beliau memasak sendiri untuk keluarga hari ini.

Ahmad yang terkenal dengan hobi memasak, hari ini menggunakan kepakarannya memasak empat jenis hidangan kepada keluarga selepas beberapa hari meninggalkan mereka untuk berkempen di PRK Cameron Highlands.

Menu yang beliau masak adalah sambal telur warna strawberry, bilis goreng bawang kampung Orang Asli, kobis masak lemak Felda Sungi Koyan dan nasi putih awan Cameron.

Ahmad Maslan bersama dengan masakan yang dimasak untuk keluarganya.

Ahmad Maslan bersama dengan masakan yang dimasak untuk keluarganya.

“Saya masak sendiri. Sempena menang PRK Cameron Highlands, makan dengan keluarga setelah beberapa hari ditinggalkan untuk kempen. Saja-saja je nama tu,” kata Ahmad.

Dalam PRK Cameron Highlands semalam, calon BN Ramli Mohd. Nor yang mendapat 12,038 undi mengalahkan tiga pencabar termasuk calon Pakatan Harapan M. Manogaran yang memperoleh 8,800 undi.-UTUSAN ONLINE

 29 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?