Cubaan Seludup Burung Murai Batu Ke Negara Jiran Berjaya Ditumpaskan

Gagal seludup 260 burung murai batu

Kota Tinggi: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menggagalkan cubaan penyeludupan keluar burung murai batu dengan nilai rampasan berjumlah RM78,000 dalam operasi di kawasan Sungai Rengit, Pengerang, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, operasi Op Benteng Covid jam 8.30 malam itu membabitkan dua pegawai dan 12 anggota.

Katanya, pihaknya mengesan kereta jenis Honda Accord dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sungai Rengit.

“Kita (polis) mengekori sebelum memintas dan menahan kenderaan itu di kawasan tepi pantai.

“Hasilnya, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan dan kita merampas 260 ekor burung murai batu serta kereta digunakan suspek. 

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM108,000, selain tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM Wilayah Dua Pengerang untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, burung murai menjadi kegilaan dan buruan masyarakat dari negara jiran kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring.

“Burung murai dari Malaysia dikatakan lebih bermutu tinggi dan harga seekor burung murai mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia,” katanya.

Terbaik dan tahniah di atas kejayaan PPM W2 JOHOR khususnya buat anggota yang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup burung murai ini syabas

CUBAAN SELUDUP BURUNG MURAI BATU KE NEGARA JIRAN BERJAYA DITUMPASKAN PPM W2 JOHOR

Pengerang, 10 Dis. 2020 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Tampoi dan PPM W2 Pengerang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar burung yang disyaki burung murai batu ke negara jiran di daerah ini pada awal malam semalam.

ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander PPM W2 berkata, operasi yang dijalankan oleh dua pegawai dan 12 anggota dalam tugas Ops Benteng Covid telah berjaya mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sg. Rengit, Pengerang Kota Tinggi, Johor. Pasukan serbuan mengekori kenderaan tersebut dan berjaya memintas/ tahan kenderaan suspek di kawasan tepi pantai Sg. Rengit, Kota Tinggi, Johor.

Menurut beliau lagi, dalam operasi tersebut pasukan serbuan telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 42 tahun dan telah merampas 260 ekor disyaki burung murai batu serta sebuah kereta yang digunakan suspek. Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM108,000.00.

Burung Murai menjadi kegilaan dan buruan masyarakat dari negara jiran kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring. Burung murai dari Malaysia dikatakan lebih bermutu tinggi dan harga seekor burung murai mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM W2 Pengerang untuk proses siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Dalam Operasi Benteng Covid ini, PPM W2 menumpukan sebarang bentuk pergerakan bot di perairan negara bagi memastikan perairan kita terkawal dari aktiviti jenayah rentas sempadan termasuklah aktiviti-aktivit penyeludupan. Komander PPM W2 menyeru masyarakat untuk bekerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa terutamanya PPM W2 bagi membenteras sebarang bentuk jenayah terutamanya melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat maritim.

 23 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?