“Congratulation” Tambadau aka Sabah FA, Premier League Champion 2019

Congratulation Tambadau aka Sabah FA…Premier League Champion 2019..

? Liga Premier 2019 | Match 19

Sabah julang piala Liga Premier 2019 dengan cukup bergaya.

FT: Sabah [1 – 0] Kelantan

Sabah menewaskan pasukan Kelantan dengan jaringan tipis 1-0 hasil jaringan Ahmet Atayev pada minit ke-57.

Jaringan tersebut terhasil sejurus selepas sepakan penalti Roki pada minit ke-56 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan.

Pasukan Kelantan berusaha untuk menghasilkan gol penyamaan selepas itu namun gagal menemui jaring kerana kawalan para pemain pertahanan Sabah dan Rozaimie Rohim sendiri begitu kukuh.

Sabah menjulang piala Liga Premier 2019 dengan cukup bergaya.

Majlis julang trofi Tambadau diserikan dengan kemenangan

Hasrat Sabah untuk menghadiahkan kemenangan kepada penyokong mereka tercapai apabila membenam Kelantan 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menjadikan majlis penyampaian trofi Liga Perdana yang berlangsung di stadium berkenaan, malam ini, lebih berseri.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan dilihat sedikit sukar menguasai bola berikutan keadaan padang licin akibat hujan lebat yang melanda sepanjang permainan berlangsung.

Kelantan lebih dulu memiliki peluang pada minit ke-7 menerusi penyerang import mereka, Li’mam Seydi, namun cubaan yang berjaya melepasi penjaga gol tuan rumah, Rozaimie Rohim, berjaya dihalang Maffry Balang sebelum bola sempat bergolek masuk ke gawang.

Dua minit kemudian, Alto melakukan rembatan kencang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti namun terus menuju ke dakapan penjaga gol Kelantan, Mohammad Fikri Che Soh.

Pada minit ke-19, penyerang import Tambadau, Aguinaldo Mendes Veiga melakukan larian pantas melepasi dua pertahanan lawan tetapi cubaannya selepas itu berjaya diselamatkan Fikri.

Satu lagi peluang Sabah untuk menghasilkan gol ialah pada minit ke-36 apabila bola hantaran lintang Alto Linus terus menuju ke pintu gol dan hampir mengelirukan Fikri namun dia sempat menepisnya keluar.

Bermula babak kedua, Tambadau menggandakan usaha mereka mencari gol dan berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit ke-55 selepas Rodoljub Paunovic dikasari Mohd Farisham Ismail di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, sepakan Paunovic selepas itu berjaya ditepis keluar oleh Fikri seterusnya memberikan sepakan sudut kepada Sabah.

Sepakan sudut yang diambil Ahmet Atayev itu kemudian menceriakan lebih 10,000 penyokong apabila bola gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol dan terus masuk ke dalam gawang bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan cuba mencari gol penyamaan dan hampir memperolehinya pada minit ke-61 namun dua cubaan berturut-turut mereka diselamatkan Rozaimie serta terkena palang.

The Red Warrior itu juga memiliki peluang terbaik pada minit ke-87 menerusi Nik Akif Syahiran yang hanya berdepan Rozaimi tetapi penjaga gol Sabah itu lebih cemerlang menyelamatkan keadaan dan kedudukan 1-0 itu kemudian tamat sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.

Sumber : Stadium Astro

Facebook Comments