Coach Masih Belum Berpuas Hati Walaupun Catat Kemenangan

Coach masih belum puas dengan prestasi Malaysia B16?

Menang selesa tapi Osmera belum puas hati

Ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Osmera Omaro mengakui masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam persembahan pasukannya walaupun berjaya mencipta kemenangan ke atas Kemboja, malam tadi.

Kemenangan 3-0 ke atas Kemboja di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia itu menyaksikan skuad muda negara memulakan kempen Kejuaraan B-16 AFF dengan langkah kanan.

Dipetik dari laman Berita Harian, Osmera menjelaskan pasukannya perlu bekerja keras untuk memperkemaskan lagi persembahan mereka sebelum mengharungi aksi kedua Kumpulan C berdepan Myanmar di gelanggang sama, Jumaat ini.

“Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pemain kerana bertungkus lumus untuk mendapatkan kemenangan. Secara keseluruhan saya masih belum berpuas hati dan banyak yang kita masih boleh perbaiki.

“Tapi apa-apa pun menjadi perkara yang bagus bermula dengan kemenangan yang akan memberikan motivasi kepada barisan pemain,” katanya.

Pada perlawanan itu, skuad negara hanya memerlukan enam minit untuk berada di depan hasil jaringan Arami Wafiy Zakimi.

Anak buah Osmera semakin selesa menerusi jaringan sendiri pemain Kemboja, Tum Sophat pada minit ke-58 sebelum Faris Danish Asrul mengesahkan kemenangan bergaya pasukan negara dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-78.

Malaysia kini mendahului Kumpulan C dan berkongsi tiga mata dengan Myanmar yang turut memulakan langkah kanan selepas menundukkan Australia 3-2. Sumber : Berita Harian

Skuad Negara Seterusnya akan berdepan Myanmar pada Jumaat ini, diikuti aksi menentang Australia pada 8 ogos.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: