Ciuman Restu Ayah Dan Ibu Sebelum Safawi Rasid Gerak Ke Portugal

Selamat Berhijrah Safawi Rasid , Anak Muda Berasal Dari Terengganu yang menabur jasa di Kelab Johor Darul Ta’zim Football Club .

Photo by Team Malaysia

Ciuman restu ayah dan ibu sebelum Safawi Rasid gerak ke Portugal 🇵🇹 untuk bersama kelab barunya, Portimonense Futebol SAD. 11 malam nanti waktu penerbangan dia ke sana. Semoga berjaya dan safe flight, Pawi! 🤲🏻

Photo by Team Malaysia

Safawi ‘terbang’ ke Portugal

Sepang: Tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid terbang ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Safawi, 23, berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Jelas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, dia sangat gembira dan tidak sabar untuk melebarkan sayap ke Eropah.

“Saya sangat gembira kerana peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman ini tidak boleh dibeli dengan wang dan ini (perpindahan) akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Dia yang ditemani ahli keluarganya di KLIA menaiki pesawat British Airways ke London sebelum meneruskan perjalanan ke Porto, Portugal yang dijangka tiba jam 12 tengahari waktu tempatan atau jam 7 petang waktu Malaysia.

Safawi bakal dijemput oleh ejennya dan akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sana.

Untuk rekod, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

Sumber : Harian Metro

Photo by The Photoshooterz

Semalam baru habis game, hari ini dia dah gerak untuk meneruskan perjalanan kariernya yang seterusnya. 🌍 Semoga semua dipermudahkan, Pawi! #CIMBLigaSuper2020

Photo by Team Malaysia

Kejuaraan CIMB Liga Super buat kali ketujuh menjadi hadiah perpisahan terbaik buat Safawi Rasid yang akan terbang ke Portugal malam ini untuk bersama Portimonense SC.