fbpx

Cikgu, Alisa Jual Tisu Dan Kutip Sedekah Lagi Depan KFC

Malam ini aku marah. Sangat marah.

Satu mesej masuk berbunyi,

“Cikgu. Alisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan KFC.”

Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.

Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.

“Kenapa Alisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sedekah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari?”

“Mak suruh.”

Pendek dia jawab sambil merenung meja.

Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini.

Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.

Alisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya.

Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.

Aku geram. Aku marah. Aku bengang. Bukan kat Alisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia. Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini.

Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini terpaksa patuh.

Ikutkan hati marah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, hantuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu.

Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.

Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan.

Itu yang aku marah sangat.

Malam ni aku bagi dua pilihan pada Alisa.

“Okey Alisa. Dengar sini. Alisa nak duduk dengan JKM?”

“Tak nak. Alisa nak duduk dengan ibu.”

“Jika tak nak, Alisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar.

Jika cikgu dapati Alisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan Alisa kepada JKM.”

“Baik cikgu.”

Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok.

Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini.

Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.

Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka.

Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.

Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu Alisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.

Doakan agar urusan aku dipermudahkan ya!

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita

Malam ini aku marah. Sangat marah.Satu mesej masuk berbunyi,"Cikgu. Alisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan…

Posted by Mohd Fadli Salleh on Jumaat, 14 Februari 2020

Komen Anda?
Related Post
Anak Murid Hadiahkan “Beyblade” Kepada Cikgu, Ini Sebabnya

lepas 2 bulan berkhidmat sebagai guru sandaran di SK Sg Telor, ada beberapa murid tahun Read more

Apabila Cikgu Azizah Bersyair!! Pendekatan Menarik Minat Murid

Budak-budak ni bila sebut nak belajar syair, mulalah muka tu nampak berkerut. Masing-masing dah terbayangkan Read more

Jasa Guru Terlalu Besar, Pengetua Naik Helikopter & Lamborghini Sempena Majlis Persaraan Beliau

Selamat bersara cikgu! Jasa guru terlalu besar jika dibandingkan dengan pemberian ini. Semoga semua guru Read more

Kami Sudah Menganggap Puan Nor Seperti Ibu Sendiri, Sikapnya Yang Penyayang, Birthday Prank, Cikgu!

Birthday prank, cikgu! “KAMI sudah menganggap Puan Nor seperti ibu sendiri, sikapnya yang penyayang, suka Read more