Catatan 10.14s Azeem Fahmi Berjaya Mendapat Tempat Kelima Dalam Final 100m

Azeem menamatkan larian final Men’s 100m tadi dengan catatan masa 10.14s untuk berada di tempat ke-5. Well done, Fahmi! Beraksi di pentas antarabangsa satu pencapaian yang terbaik.

Azeem raih tempat kelima kejohanan remaja dunia

Bintang muda negara, Muhammad Azeem Fahmi menamatkan saingan final acara 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia dengan berada di tempat kelima daripada lapan peserta, sebentar tadi.

Azeem mencatat 10.14 saat (s) pada saingan final yang berlangsung di Stadium Pascual Guerrero Olympic sekali gus memperbaiki catatan dilakukannya pada separuh akhir sebelum itu, 10.19s. 

Atlet Botswana, Letsile Tebogo muncul juara dengan catatan 9.91s manakala tempat kedua dimenangi Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica, 10.02s. 

Tempat ketiga diraih atlet Afrika Selatan, Benjamin Richardson yang melakukan 10.12s dan wakil Thailand, Puripol Boonson berada di tempat keempat (10.12s). 

Pada peringkat separuh akhir sebelum itu, Azeem menamatkan saringan ketiga di tempat kedua dengan catatan 10.19 saat (s) di belakang atlet Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie, yang melakukan 10.11s. 

Semalam, Azeem mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s sekali gus mengungguli saingan bagi saringan lapan dan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Catatan direkodkan Azeem itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak. Sumber : Berita Harian

Azeem Fahmi akan beraksi untuk acara 200m pula yang dijadualkan berlangsung pada 12.25 pagi esok. Dia berada di Heat 3.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: