fbpx

Cantik Gol Syafiq Ahmad Yang Ke 6 Seterusnya Melengkapkan Hatrik Buat Beliau

Tier 1 International Match I Saturday, 5th October 2019

MALAYSIA 6-0 SRI LANKA

Syafiq Ahmad 9′ 76′ 89′ Shahrul Saad 14′ Norshahrul Idlan Talaha 17′ Akhyar Rashid 51′

Hatrik dari Syafiq Ahmad memberikan malam gemilang buat Malaysia. Cabaran sebenar negara pada Khamis ini menentang Vietnam??. Syabas Malaysia??!!????

Lawa gol voli gelembung boyo Syafiq Ahmad yang mengelirukan penjaga gol Sri Lanka. Gol ke-6 Malaysia malam ini. Padu!

Hatrik Syafiq bantu benam Sri Lanka

KUALA LUMPUR: Penyerang muda, Syafiq Ahmad membuktikan betapa dia layak menggalas tugas sebagai penyerang utama apabila hatriknya membantu Harimau Malaya membenam Sri Lanka 6-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu sememangnya sudah dijangka apatah lagi Malaysia tampil sebagai pasukan lebih baik berbanding skuad ‘Singa Emas’ yang menghuni kedudukan ke-202 dunia itu sekali gus menambah luka ke atas Sri Lanka yang tewas tiga aksi berturut turut sebelum ini.

Apapun, keputusan itu sedikit sebanyak dapat menjadi motivasi terbaik buat pemain negara sebelum bertemu Vietnam bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Hanoi, minggu depan namun harus diingat, Vietnam tidak ‘sejinak’ Sri Lanka.

Pada aksi terbabit, Malaysia bermula garang menghantar amaran awal menerusi percubaan Syafiq pada minit keempat namun tandukannya sedikit melewati palang.

Bagaimanapun, ‘acahan’ Syafiq menjadi kenyataan empat minit berselang apabila percubaannya yang menyambut hantaran lintang Safawi Rasid daripada sebelah sayap kanan skuad negara menerjah gawang untuk gol pertama skuad negara.

Kegagalan Sri Lanka berdepan sepakan sudut dan tidak mengeluarkan bola dengan baik pada minit ke-13 menyaksikan mereka dihukum apabila Shahrul Saad memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gol untuk menyumbat gol kedua sekali gus Malaysia selesa berkelebihan dua gol hanya dalam tempoh 15 minit pertama.

Malaysia nyata enggan memberi ruang kepada Sri Lanka untuk ‘bernafas’ selepas selang tiga minit, penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha mencetak nama selaku penjaring menerusi gerakan mirip gol pertama apabila menyudahkan hantaran lintang Syafiq untuk gol ketiga negara.

Berkelebihan tiga gol memasuki babak kedua, Malaysia terus bernafsu untuk ‘meratah’ Sri Lanka dan kali ini, Norshahrul bertindak sebagai perancang apabila hantaran lintangnya disudahkan Akhyar Rashid daripada jarak dekat untuk gol keempat pada minit ke-51.

Gol kelima yang dicari hanya muncul pada minit ke-75 menerusi gerakan solo Syafiq yang mudah menewaskan penjaga gol Sri Lanka, Hilmi Luthfi sebelum pemain berusia 24 tahun itu melengkapkan hatriknya dengan jaringan voli pada minit ke-88.

Sumber : Berita Harian

?Fuh! Syafiq Ahmad on fire!! ? Harimau Malaya membaham Sri Lanka 6-0. 3 gol dpd itu dijaringkan oleh pemain ni. Power gais!

Syafiq Terus Rentak Hatrik Shaharuddin, Hazwan

Tiga kali bertemu Sri Lanka di gelanggang sendiri, Malaysia menang dengan jaringan hatrik – Shaharuddin Abdullah (1972), Ahmad Hazwan Bakri (2012) & Syafiq Ahmad ketika menang 6-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Safawi Rashid, Cobin Ong, Aidil Zaquan, Adam Nor Azlin, Akhyar Rashid, Farizal Marlias, Dominic Tan & Syafiq Ahmad(8 pemain JDT)..Anda telah beri pulangan yg amat berharga buat Harimau Malaya, dan membalas kepercayaan yg diberikan oleh Coach Tan Cheng Hoe!

Komen Anda?