Camilo Da Silva Dari Brazil Bakal Menggantikan Diogo, Kini Bermain Di Liga Mexico

JDT lepaskan Diogo

Iskandar Puteri: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pasukan itu tidak menyambung kontrak pemain import Diogo Luis Santo bagi mengharungi kempen Liga Malaysia pada musim depan.

Namun pemain kelahiran Brazil yang akan kembali berhijrah ke Liga Thailand akan bersama skuad Harimau Selatan untuk saingan Piala Malaysia dan tidak menyertai skuad itu mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi Zon Timur di Qatar yang bermula 18 November hingga 13 Disember ini.

Tunku Ismail berkata, JDT sudah ada pengganti buat Diogo dan pemain itu dari Brazil, Camilio da Silva yang pernah beraksi untuk kelab FC Tijuana di Liga Utama Mexico (Liga MX) dan akan menyertai JDT pada musim depan.

“Diogo akan bersama JDT bagi mengharungi kempen Piala Malaysia dan selepas itu dia akan kembali menyertai kelab di Thailand. Untuk kempen ACL, Fernando Rodriguez akan bersama pasukan JDT untjuk saingan ACL di Qatar.

“Kami dah lama nak bawa di ke JDT kerana corak permainannya sesuai dengan corak permainan JDT. Tapi akibat bajet saya kurang ketika itu, maka terpaksa tunggu dua tahun sebelum semuanya diselesaikan selepas kontraknya tamat dan dia akan ke JDT musim depan,” kata Tunku Ismail pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat JDT, di sini.

Mengulas mengenai persiapan skuad Harimau Selatan bagi saingan Piala Malaysia dan ACL yang akan berlangsung serentak, Tunku Ismail menegaskan bukan pasukan kedua yang akan bersaing dalam kancah piala berprestij.

Sebaliknya, dua kejuaraan yang membabitkan juara Liga Super tujuh musim itu akan seimbang yang menyaksikan beberapa pemain skuad Johor Darul Ta’zim II akan diserapkan ke skuad utama untuk bergabung bersama pemain JDT yang tidak bersama pemain lain ke Qatar.

Mengenai status pengendali JDT, Benjamin Mora, Tunku Ismail mengesahkan jurulatih dari Mexico itu dilanjutkan kontrak selama dua tahun selepas beliau berjaya menyerap falsafah permainan yang diinginkan.

“Kita boleh tengok daripada keputusan yang diraih JDT apabila Mora mengendalikan skuad itu. Malah beliau sentiasa menjaga kehormanian setiap pemain di bilik persalinan dan juga memberi ruang kepada pemain muda beraksi dalam skuad utama,” katanya.

Tunku Ismail juga mengesahkan bekas pemain FELDA United, Danial Amier Norhisham sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai JDT dan sedang mengintai pemain bek kiri untuk menguatkan lagi pasukan itu.

“Saya ambil dia kerana boleh beri pendedahan terbaik kepadanya malah akan menyenaraikan pemain itu dalan skuad JDT bagi kempen ACL musim depan. 

“FELDA United minta saya bayar RM1 juta untuk mendapatkan Daniel dan saya anggap harga itu tidak masuk akan kerana dia pemain muda dan kami tunggu sampai kontrak dia habis. Itu yang saya buat,” kata Tunku Ismail.

Sumber : Harian Metro

INTIPATI SIDANG MEDIA KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

  1. JDT akan menghantar skuad yang seimbang untuk saingan Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.
  2. Diogo Luís Santo akan meninggalkan kelab dan kembali ke Thailand selepas tamat kempen Piala Malaysia.
  3. Camilo Da Silva dari Brazil bakal menggantikan Diogo. Kini bermain di liga Mexico.
  4. Daniel Amir akan menyertai JDT dan beberapa pemain muda dari JDT II akan diserap ke skuad utama.
  5. Kualiti padang Stadium Sultan Ibrahim akan dinaiktaraf dan JDT akan bermain di Stadium Larkin untuk Piala Malaysia.
  6. Dari sudut komersil, JDT kini sudah hampir 75% ke arah menjadi syarikat bernilai RM1 Bilion.
  7. 4 syarikat dari luar negara akan menjadi penaja kelab dan stadium.
  8. Fernando Rodriguez akan bermain di pentas Liga Juara-Juara AFC menggantikan Diogo.
  9. Benjamin Mora dikekalkan sebagai ketua jurulatih dan juga menggalas jawatan pengurus.
  10. Hariss Harun kekal sebagai kapten JDT. Beliau akan menyambung pelajaran sambil bermain menyarung jersi JDT.
  11. Hab Perubatan JDT akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
  12. Gimnasium JDT akan dibina dan dibuka kepada umum.

Hidup Johor Demi Johor

Photo by JST – Juara Liga Super 2020
Photo By JST – Juara Piala Sumbangsih 2020
Komen Anda?