Bonda Rozita Luah Rasa Hati Pada Dato Aliff Syukri

‘Hati mak sakit, sangat sakit’

KESABARAN seorang ibu itu ada tahapnya. Apabila, anak tidak henti membuat masalah, hati ibu mana yang akan senang dan tenang.

Itulah yang dirasakan ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim yang sudah tidak mampu bersabar lagi dengan tindakan ‘menagih publisiti’ dilakukan anaknya.

Rozita dalam perkongsian video berdurasi dua minit dan 29 saat di Instagram, terlebih dulu meminta maaf kepada anaknya kerana terpaksa membuat rakaman berkenaan.

Memaklumkan dirinya sudah letih dan sakit dada atas perbuatan anaknya itu, Rozita berkata tidak perlu tunggu wabak Covid-19 pun, boleh mati kalau tak tahan sangat.

“Assalammualaikum Syukri, mak minta maaf sangat. Mak terpaksa buat video hari ini, walaupun mak senyum tapi hati mak sakit. Hati mak sakit sangat. Tak habis satu masalah, satu masalah. Suka sangat buat masalah.

“Selama ni mak tegur pun, kau tak nak dengar kan. Tak pernah nak dengar. Kau tak nak dengar.

“Mak tegur cara baik, mak marah engkau, mak jerit engkau. sekarang dah sehabis lembut dah. mak dah puas WhatsApp macam ni tak betul, macam tu tak betul, kau still (tetap) buat,” katanya.

Menurut Rozita, segala masalah dicipta anaknya itu secara tak langsung pasti terkait pada dirinya yang dilabel tidak pandai mendidik anak.

“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak ni yang tak pandai jaga anak.

“Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah. Tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.

“Kalau betul engkau, mak tak didik dulu, kenapa tak semua adik-beradik tak ikut macam itu. Bukan mak tak didik, mak dah cakap dah. Sekarang kau buat lagi, lagu menangis. Lagu menangis kau, berdarah-darah tu kenapa?

“Apa yang derita sangat? Somalia ke, Utupia kebuluran ke, berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kau. Tak nampak ke?

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara engkau tu tak sedap. Dan tak sedap pun, tak payah berlagu-lagu.

“Nak bagi faham, macam mana kalau engkau cakap buruk A, B, C dan D, orang cakap Syukri untuk niat nak jatuhkan kau, sebenarnya memang kau yang pilih jalan jatuh. Sebab apa tau, memang kau suka orang kecam. Masalahnya perangai kau tu, terpalit dekat mak,” katanya.

Justeru, bagi memastikan tegurannya kali ini sampai kepada anaknya, Rozita berkata tindakan memuat naik video komen itu menandakan sudah tiba untuk dia bersuara.

“Kalau mak tak tegur, kau tak dengar. Sekarang mak letak di Instagram mak, letak di media sosial supaya kau tengok bahawa tak semua benda orang suka apa yang kita buat.

“Jangan suka dengan hinaan orang, hanya untuk nak dapatkan publisiti. Cukuplah tu. cukuplah, Syukri dah ada segala-galanya. Syukri tak derita pun, apa orang cakap tu, kita jangan cakap orang kecam kita, dengki kita, tak.

“Sebenarnya apa yang kita buat itu, yang kita dapat. Dengar baik-baik Syukri, sudah lah lagu tu, mak bukan niat nak jatuhkan kau tapi sebab mak sayang

“Dah tak tau nak komen macam mana lagi dah. Bukan mak tak nak nasihat, mak dah gagap dah. Kalau kau nak mak panjang umur, kau nak mak hidup aman, tolonglah menjadi seorang profesional.

“Bukan lagi menyanyi, sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun nak menunjukkan benda yang merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu mak pesan tolonglah kasihan maruah kami semua,” katanya.

Tidak ketinggalan, Rozita juga menitip pesanan khusus buat anaknya dengan meminta supaya Aliff menjaga maruah ibu bapa, adik-beradik dan anak-anaknya.

“Bukan diri sendiri, tetapi, pandang maruah kami semua. Siapa? mak ayah, adik-beradik dan anak-anak kamu, Syukri. Mak sayang kamu.

“Mak minta maaf banyak-banyak. Mak terpaksa buat komen secara terbuka kerana sampai masa mak bersuara, “ katanya mengakui betul-betul marah dengan sikap anaknya.

Menerusi perkongsian video menyentuh perasaan itu, ia sudah ditonton lebih 180,000 kali oleh warganet, dengan lebih 2,000 komen ditulis.

Rata-rata komen daripada warganet itu sangat bersimpati dengan Rozita dan begitu memahami perasaannya sebagai ibu yang hatinya sudah disakiti dan terluka.

Sumber : Harian Metro

View this post on Instagram

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Komen Anda?