Bilangan Jemaah Surau, Masjid Di Johor Ditambah

Setelah mengadap DYMM Sultan Johor pagi ini, khamis 4 Mac 2021, alhamdulillah diperkenankan sebagaimana berikut:

  1. Bagi Daerah Johor Bahru dan Daerah Kulai (kerap zon merah) perubahan kpd 100 org jemaah tidak termasuk AJK dan Pegawai masjid / surau jumaat untuk solat fardhu dan solat Jumaat.
  2. Bagi 8 daerah yang lain (Muar, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Tangkak) perubahan kepada 1/3 kapasiti sebenar masjid / surau jumaat untuk solat fardhu dan solat Jumaat.
  3. Kuliah2 agama di Masjid / Surau dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan oleh penceramah-penceramah dan guru-guru takmir dalam daerah sahaja.
  4. AJK Masjid dan surau hendaklah sentiasa bertanggungjawab memastikan dan menguatkuasakan semua SOP MKN, KKM dan JAINJ dipatuhi sepenuhnya.

Bersama-sama kita berdoa, bekerjasama dan bersungguh-sungguh dalam usaha membendung penularan covid-19 di negeri dan negara kita.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Hj Yahya Ahmad.
Mufti Negeri Johor.

Johor benar kapasiti 1/3 jemaah kecuali Johor Bahru, Kulai

Pasir Gudang: Johor membenarkan kapasiti jemaah satu pertiga daripada ruang solat bagi masjid dan surau di seluruh negeri kecuali daerah Johor Bahru dan Kulai bermula esok.

Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, kebenaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

“Baginda memperkenankan 100 jemaah tidak termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) dan pegawai masjid dan surau bagi daerah Johor Bahru dan Kulai yang kerap menjadi zon merah.

“Kuliah agama di masjid dan surau dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan oleh penceramah dan guru takmir dalam daerah sahaja.

“AJK masjid dan surau hendaklah sentiasa bertanggungjawab memastikan dan menguatkuasakan semua Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahya turut meminta agar semua pihak bekerjasama dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Syukur, Alhamdulillah...
Komen Anda?