Betapa Berat Ujian Allah Menguji Ketabahan Penyerang Muda Negara, Dato Suraya

Kehilangan orang tersayang adalah perkara yang sangat menyedihkan. Bagi yang pernah melaluinya ia diibaratkan seperti kaca yang terhempas ke batu, berat dan menyakitkan. Ada pula mengandaikan dunia menjadi gelap-gelita lantaran tidak mampu menanggung kesedihan.

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Suraya Yaacob, yang telah menziarahi Syafiq dan keluarganya di Kg Padang Pusing di sini hari ini

Photo by Dato Suraya

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’unnn…

Betapa berat ujian Allah menguji ketabahan penyerang muda negara, Muhammad Syafiq Ahmad atas kehilangan anak lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef, yang baru berusia 22 hari.

Bertambah hiba, Syafiq juga kehilangan ibu mertuanya, Zainab Wahab dalam kemalangan tersebut dan isterinya, Nur Amalina Norain yang masih berpantang turut mengalami cedera parah.

Chu Nab bukan asing bagi Kak Su. Kak Su mengenali beliau sudah lama & keluarganya sememangnya mesra dengan Kak Su. Mungkin kerana itu Kak Su agak terkesan dengan pemergian Arwah…

Photo by Dato Suraya

Kak Su sendiri mencari kekuatan ketika menziarahi Syafiq dan keluarganya di Kg Padang Pusing di sini hari ini.

Ya. Mengenang apa yang menimpa Syafiq, Kak Su juga pernah ditakdirkan kehilangan anak lelaki Kak Su suatu ketika dahulu. Kak Su fahami kepiluan di hati pasangan ini…

Ya Allah! Terlalu besar dugaan Mu menguji kesabaran pasangan ini. Namun Kak Su yakin Dia lebih menyayangi kedua insan tersayang itu…

Photo by Dato Suraya

Dalam ziarah ini, Kak Su mengucapkan takziah kepada Syafiq dan keluarga atas pemergian kedua insan tersayang ini, serta tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Kuatkanlah hati, tabahkanlah jiwa dan teruskanlah kehidupan dengan ingatan doa tulus ikhlas untuk keduanya. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita hambaNya yang tabah menghadapi ujian dariNya…

Photo by Dato Suraya

Terima kasih juga kepada anak-anak qaryah Kg Bukit Murai di Kg Padang Pusing yang bertungkus lumus menguruskan jenazah dan majlis pengkebumian anak dan ibu mentua Syafiq. Jazakumullahi khairan kathira…

Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu ‘anhum. Amin ya rabbal ‘alaminnn…

Takziah dari Kak Su untuk Syafiq dan keluarga.

Ikhlas,

Kak Su (Datuk Suraya Yaacob)

 24 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?