Bermain Di Peringkat Piala AFC Adalah Pengalaman Yang Amat Berharga

Sebentar tadi berlangsung pra sidang media AFC Cup 2022 menjelang aksi pertama Kuala Lumpur City 🆚 PSM Makassar esok.

Ketua jurulatih, Bojan Hodak menyatakan para pemain memang tunggu saingan AFC Cup untuk mendapatkan pencapaian terbaik. Dia juga berharap penyokong akan turun beramai-ramai untuk hadir ke stadium!

Safee, Hadin Kejar Rekod Peribadi Di Saingan Piala AFC

Safee Sali merupakan satu-satunya pemain dalam pasukan Kuala Lumpur City yang tahu apa rasanya menjulang Piala AFC selepas melakukannya bersama Johor Darul Ta’zim pada 2015.

Di petik dari laman KL City FC, Bukan setakat itu sahaja, Safee juga adalah pemain yang paling berpengalaman dalam skuad Kuala Lumpur di pentas Asia selepas menjaringkan 10 gol dalam 22 perlawanan bagi Selangor dan JDT di antara 2010 sehingga 2016.

Safee memberi gambaran bermain di peringkat kelab Asia adalah pengalaman yang amat berharga bagi mana-mana pemain dan rakan-rakan sepasukannya harus mengambil peluang keemasan ini untuk membuat sebaik mungkin.

“Ini mengimbau kembali masa saya menang pada 2015 dan membuat gol yang menarik,” kata Safee. “Ia adalah kejayaan yang berlainan dalam karier saya. Bersama KL, saya harap ada pencapaian tersendiri dalam Piala AFC.

“Kita boleh bersaing dengan pasukan-pasukan Asia dan pemain-pemain import mereka. Tiada masalah. Kalau kita ikut perancangan pasukan kita boleh catat kemenangan.”

Safee dan Hadin Azman juga mempunyai matlamat sendiri dan berpeluang untuk menyamai pencapaian R. Gopinathan, pemain tunggal dari Malaysia yang berjaya menjaringkan gol untuk tiga kelab berlainan dalam pertandingan kelab Asia.

Hadin sebelum ini telah menjaringkan gol di peringkat Asia bagi Felda United dan Kedah manakala Gopinathan membuat demikian ketika mewakili Pahang, Selangor dan JDT.

“Saya memang nak menjaringkan gol untuk membantu pasukan KL.” kata Safee, yang telah melakar 25 gol untuk Kuala Lumpur sejak 2003. “Kalau boleh, saya harap dapat masa permainan untuk bantu KL tetapi itu bergantung kepada perancangan jurulatih.”

Hadin, yang telah menjaringkan dua gol musim ini, juga mengidam untuk menambah kepada jumlah itu pada Jumaat ini apabla Kuala Lumpur turun menentang PSM Makassar dari Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H di Cheras.

“Saya akan buat terbaik, peluang seperti ini bukan datang selalu dan bukan semua pasukan boleh bermain di Piala AFC,” kata Hadin, yang telah menjaringkan tiga gol dalam lapan perlawanan di peringkat Asia. “Kalau dapat peluang saya akan cuba jaringkan gol dan buat rekod peribadi baru. Saya juga harap KL boleh mara jauh.

“Saya akan menggunakan semua pengalaman yang saya ada sejak bermain di Piala AFC. Jujurnya, di peringkat Piala AFC tidak banyak perbezaan di antara semua pasukan dan saya berharap dapat buat terbaik.”

L. Suresh merupakan penjaring Kuala Lumpur terakhir di pentas Asia dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Juara-Juara Piala menentang Telephone Organisation of Thailand pada 26 Nov 1994. KL kalah 3-2 di Cheras selepas masa tambahan. Sumber : KL City FC

Jadual perlawanan @AFCCup & semoga berjaya buat @KLCityFootball juga @kda_fc!

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?