Bermain Di Pentas ACL Seolah Mimpi Menjadi Kenyataan – Safiq Rahim

JDT telah bertanding dalam dua edisi sebelumnya tetapi Safiq tidak bersama JDT pada ketika itu setelah memenangi banyak kejuaraan dari 2013-2018. Beliau kembali semula bersama kelab tahun ini.

“Bersaing di Liga Juara-Juara AFC seolah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya. Ini sesuatu yang sentiasa ingin saya lakukan sepanjang karier saya dalam kelab dan ini akan menjadi yang pertama bagi saya,” jelas beliau kepada AFC.

“Ini akan menjadi salah satu detik terbaik dalam karier saya kerana ia merupakan peringkat tertinggi pertandingan kelab Asia. Saya harap dapat memberikan yang terbaik, yang paling baik untuk pasukan terutama bos saya, untuk JDT, dan semoga kita dapat memperoleh beberapa keputusan yang baik dan mencapai apa yang kita mahukan dalam edisi ini. “

Safiq juga memberitahu AFC bahawa beliau menjangkakan setiap perlawanan akan sengit dan menggesa pasukannya untuk berada pada tahap terbaik sepanjang masa.

Baca artikel penuh di sini: https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/safiq-rahim-geared-up-for-afc-champions-league-bow-with-johor-darul-ta-zim

Hidup Johor Demi Johor

🎥 JDT V NAGOYA GRAMPUS : Press Conference

Semoga berjaya diucapkan kepada wakil Liga Malaysia 🇲🇾 di #ACL2021, Johor Darul Ta’zim!

Berikut merupakan jadual JDT sepanjang aksi peringkat kumpulan di Thailand.

Selamat berjuang, Harimau Selatan! 💪

Komen Anda?