fbpx

Berita Baik Buat Para Penyokong Johor Darul Ta’zim

DAPATKAN TIKET PERLAWANAN JDT MENENTANG PKNS FC AKAN MULA DIJUAL PADA 19 APRIL 2019 – KHAS UNTUK AHLI YAYASAN JDT

Yayasan JDT akan membuka kaunter jualan tiket perlawanan Liga Super Malaysia 2019 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan PKNS FC khusus untuk ahli Yayasan JDT yang juga pemegang Kad Prabayar JDT Visa.

Tiket boleh mula dibeli di kaunter Restoran Selasih Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 19 April 2019 mulai jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Penjualan ini juga akan diteruskan pada perlawanan lain akan datang iaitu sehari sebelum perlawanan.

Seorang pemegang Kad boleh membeli hanya tiga (3) keping tiket setiap seorang dan kemukakan Kad Prabayar JDT Visa (kemukakan kad pengenalan bagi yang belum terima Kad JDT untuk semakan ahli).

Laluan khas turut disediakan untuk ahli Yayasan JDT di Stadium Larkin. Jom dapatkan tiket perlawanan dan teruskan sokongan buat pasukan JDT.

Sebarang keistimewaan dan kemudahan akan terus kami kemaskini dari semasa ke semasa buat anda pemegang Kad Prabayar JDT Visa dan ahli Yayasan JDT.

JOM KE STADIUM! Untuk mendaftar dan menyumbang sila layari: http://www.yayasanjdt.my

PENGUMUMAN TERGEMPAR yang pastinya dinanti-nantikan.

Satu berita baik buat para penyokong Harimau Selatan khususnya yang telah menyumbang dan sekaligus menjadi ahli Yayasan JDT. Sila baca dengan teliti;

• Mulai perlawanan Liga Super Malaysia antara JDT dan PKNS anda kini boleh membeli tiket perlawanan di Restoran Selasih, Dataran Bandaraya Johor Bahru (bersebelahan KFC).

• Untuk perlawanan pada 20/04/2019, tiket akan dijual SEHARI AWAL iaitu 19/04/2019, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

• Sebanyak 500 keping tiket tempat duduk terbuka pintu C (open seat gate C) di Stadium Larkin akan diperuntukkan khas untuk ahli Yayasan JDT.

• Kuota pembelian tiket bagi setiap pemegang Kad Prabayar JDT Visa adalah TIGA tiket setiap seorang.

Ya, Kad Prabayar JDT Visa anda masih dalam proses kerana anda baru memohon. Jangan risau. Sementara menunggu kad keahlian anda itu siap, anda hanya perlu menunjukkan kad pengenalan kepada pegawai bertugas untuk semakan keahlian anda bagi mendapat keistimewaan ini.

Selain itu, laluan khas di pintu masuk stadium (YAYASAN FAST LANE) turut akan disediakan bagi memberi kemudahan kepada ahli-ahli Yayasan JDT untuk menyaksikan perlawanan.

PERINGATAN PENTING:

Tiket adalah terhad untuk tempat duduk terbuka sebanyak 500 keping tiket sahaja seperti yg diluluskan oleh pihak PBNJ. Oleh itu yang dahulu akan diutamakan.

1st Come 1st Serve!

*JIKA ANDA MASIH BELUM MENDAFTAR, ATAU BELUM MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI ANDA, SILA LAYARI www.yayasanjdt.my

PERMOHONAN UNTUK MEMILIKI KAD PRABAYAR JDT VISA

Sepertimana sedia maklum, Kad Prabayar JDT Visa yang dikeluarkan ini adalah merupakan Kad Keahlian Yayasan JDT. Nama dan No.ahli anda akan tertera pada Kad JDT ini. Ianya dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan, chip, data, dan nombor serial untuk setiap pemegang kad.

Kad Prabayar JDT Visa ini mempunyai fungsi sama dengan Kad ATM Debit tetapi memiliki kemudahan, faedah, keistimewaan, dan juga sebagai kad diskaun di mana-mana pusat dan kedai terpilih.

Bagaimanapun, Kad Prabayar JDT Visa ini hanya akan diberikan kepada ahli penyumbang yang berumur 18 tahun sahaja. Bagi yang berumur bawah 18 tahun, anda akan menerima Kad JDT Touch N Go.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Kad Prabayar JDT Visa:

1. Pemohon mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas;

2. Bayaran Penuh RM100 untuk yuran langganan Kad Prabayar JDT Visa diterima oleh Yayasan JDT;

3. Pemohon mesti menyediakan alamat kediaman dan surat-menyurat yang sah. (“PO Box” tidak diterima)*

4. Pemohon mesti mempunyai alamat e-mel yang sah;

5. Pemohon mesti mempunyai nombor mudah alih Malaysia yang sah;

6. Pemohon mesti mengemukakan salinan dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh Kerajaan. (Kad Pengenalan, Passport atau lain-lain)

* Untuk pemohon warga asing, sila kemukakan salinan dokumen kemasukan VISA yang sah/terakhir atau bukti kemasukan oleh Pihak Berkuasa Malaysia;

7. Tiada dokumen pendapatan yang diperlukan.

8. Tiada caj faedah dikenakan;

9. Tiada CTOS, CCRIS dan penyata bank diperlukan untuk memohon Kad Prabayar JDT Visa.

Tempoh Kad Prabayar JDT VISA ini adalah sah untuk tempoh 5 tahun.

DAFTAR SAMBIL MENYUMBANG!

Untuk mendaftar dan menyumbang sekaligus memiliki Kad Prabayar JDT Visa, sila layari : http://www.yayasanjdt.my

Sumber : Yayasan JDT

Komen Anda?
Related Post
Berita Baik Kepada Semua Para Penyumbang Yayasan JDT!

Berita baik kepada semua para penyumbang Yayasan JDT! Anda dipersilakan hadir untuk membuat pengambilan PAS Read more

Pegawai Perlawanan Wanita Dipilih Untuk Mengadili Perlawanan Liga Malaysia 2020

Kerjaya sebagai pengadil bola sepak di mungkin tidak dianggap sehebat pemain atau jurulatih bola sepak. Read more

Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more