Berita Baik Bagi Pemandu e-hailing Pada Hari Jumaat

Saya mengambil maklum bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam keadaan negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini turut memberi kesan kepada 115,000 pemandu e-hailing seluruh negara. Malah, perniagaan berasaskan e-hailing ini turut merosot sekitar 80% – 90% ketika ini.

Sebagai Menteri Pengangkutan, saya telah menyuarakan perkara ini kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Jika diteliti ucapan YAB Perdana Menteri siang tadi, beliau turut menyentuh tentang kesukaran yang dialami pemandu e-hailing.

Kami tidak sesekali menganak-tirikan atau meminggirkan pemandu e-hailing yang menguasai 90% perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia. Segala usaha untuk membantu pemandu e-hailing dan pemandu teksi sudah pun ada dalam perancangan kerajaan.

Justeru itu, saya berharap pemandu e-hailing semua bersabar, tunggu hari Jumaat ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang bakal diumumkan oleh YAB PM.

Sumber : Wee Ka Siong

Saya mengambil maklum bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam keadaan negara berdepan pandemik…

Posted by Wee Ka Siong on Rabu, 25 Mac 2020