Berhenti Membaca Cerita Konspirasi Sampah Di FB

Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron. Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19. Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak. KJ

Dos penggalak: Berhenti baca konspirasi sampah di Facebook – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengesa orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang konspirasi berhubung dos penggalak.

Menyifatkan ia sebagai sampah, Khairy berkata apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan dos penggalak berbanding membaca perkara-perkara yang tidak benar.

Tidak berhujah kosong, Ahli Parlimen Rembau itu turut memuat naik graf kadar kematian melibatkan individu yang tidak divaksin berbanding mereka yang menerima vaksin dan dos penggalak.

Booster (dos penggalak) memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook,” katanya dalam kemas kini di laman Twitter pada Ahad.

Berdasarkan graf yang dikongsi, ia memaparkan kadar kematian berdasarkan status vaksinasi dari 1 Januari hingga 19 Februari 2022.

Kadar kematian tertinggi dicatatkan dalam kalangan mereka yang berusia 60 hingga 69 tahun dan tidak menerima vaksin, iaitu 180 kes daripada 100,000 orang.

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?