Bergson Tolak Hatrik, Namun Memilih Berkongsi Jaringan

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan persembahan terbaik mereka selepas membenam Petaling Jaya City FC (PJ City FC) 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Gandingan penyerang berbisa, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri masing-masing meledak dua gol bagi membantu pasukan meraih kemenangan sekali gus mengukuhkan kedudukan di persada liga.

Bergson meledak dua gol dan berpeluang melengkapkan hatrik dalam masa berbaki 5 minit lagi tetapi menolak sepakan kepada Fernando Forestieri yang menyempurnakannya untuk kemenangan selesa di laman sendiri.

Bergson da Silva boleh saja memilih untuk melakukan jaringan Hatrik namun Pujian harus diberikan kerana dia melihat ruang yang lebih terbuka pada rakan sepasukannya.

Bergson adalah penjaring terbanyak JDT dan kerap menjaringkan gol dalam hampir setiap perlawanan. Pada perlawanan yang lepas, Harimau Selatan meratah Selangor FC 5-1, Dua Jaringan yang dihasilkan dari Bergson.

Namun kejayaan itu bukanlah sekadar catatan rekod peribadi. Bukan juga hanya berkenaan kejayaan personal. Namun ianya berkait rapat dengan mekanisme semangat kerja berpasukan dalam JDT. Dengan kukuhnya jalinan ikatan antara satu sama lain, memanifestasikan individu dalam organisasi ini sentiasa berinteraksi secara harmoni, saling menghargai dan membantu satu sama lain.

Secara rasionalnya, kompetensi yang saling bergantung iaitu dari perspektif keupayaan, kepakaran, kemahiran dan komitmen terhadap ambisi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara berganding bahu menjadikan Harimau Selatan sentiasa berbeza dan berada dalam kelas yang tersendiri.

8 penampilan, 13 gol! Bergson da Silva

2 jaringan Bergson da Silva dan 2 daripada Forestieri memberikan kemenangan buat Johor Darul Ta’zim di laman sendiri! Kemenangan itu memastikan JDT berjaya mengumpul 22 mata hasil tujuh kemenangan dan satu keputusan seri sekali gus menjarakkan mata dengan pencabar terdekat Negeri Sembilan FC dan Sabah FC.

Manakala di Petaling Jaya, Saddil Ramdani menjadi wira Sabah Football Club untuk mereka mengikat tuan rumah Selangor FC

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: