Bergson Tersenarai Antara Lima Penjaring Terbanyak Dunia 2022

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson Da Silva terus ‘mendonia’ apabila dia diletakkan sebaris dengan bintang Eropah yang lain oleh media Brazil baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa portal ‘ge’ dari Brazil yang diikuti secara meluas melaporkan jaringan dilakukan Bergson untuk musim 2022 sebagai antara lima terbanyak dunia.

“Bergson menjaringkan 41 gol pada musim 2022. Beliau dinamakan sebaris Kylian Mbappe, Erling Haaland, German Cano dan Robert Lewandowski sebagai pemain dengan gol terbanyak pada musim [email protected] 

@Portal ‘ge’ bukanlah ‘biasa-biasa’ kerana mempunyai tiga juta pengikut di Instagram (@ge.globo), 6.1 juta di Twitter (@geglobo) dan 8.6 juta di Facebook. 

Mengikut rekod, pemain berusia 31 tahun itu mendapat perhatian ramai sejak kali pertama tiba di bumi Johor bersama Harimau Selatan. 

Malah, dalam tempoh dua musim di JDT, Bergson sudah memecahkan dua rekod termasuklah penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dan juga penjaring terbanyak dalam satu musim di Liga Super. 

Bekas pemain Fortaleza itu banyak berjasa kepada JDT apabila membantu pasukan muncul juara Liga Super buat kali ke-9 musim ini termasuk menjulang Piala FA. 

Kini, khidmat pemain terbabit kembali ditagih untuk membantu JDT menjulang Piala Malaysia pada musim ini untuk melengkapkan koleksi trofi 2022.

Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?