Bergson, Farizal Cipta Pencapaian Baharu

FARIZAL DAN BERGSON CIPTA PENCAPAIAN BAHARU BERSAMA JDT

Farizal Marlias dan Bergson Da Silva masing-masing mencipta pencapaian baharu bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menewaskan Sarawak United 4-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Penjaga gol, Farizal Marlias membuat penampilan ke-200 sejak menyarung jersi Harimau Selatan pada 2015 dan menjadikan beliau pemain kedua selepas Safiq Rahim yang mempunyai lebih 200 penampilan dengan JDT.

Bergson pula berjaya muncul penyerang antarabangsa terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat JDT apabila berjaya meledak gol ke-51 peribadinya dalam 50 penampilan sejak 2021.

Tambah menarik, Syahmi Safari berjaya membuka akaun jaringan bersama JDT apabila menjaringkan gol ketiga Harimau Selatan dalam perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Bergson, Farizal cipta pencapaian baharu

Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva muncul penyerang antarabangsa terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat Harimau Selatan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab JOHOR Southern Tigers, JDT menjelaskan pencapaian berkenaan dilakar penyerang dari Brazil itu apabila dia berjaya meledak satu gol ketika berdepan Sarawak United, Rabu lalu.

“Bergson pula berjaya muncul penyerang antarabangsa terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat JDT apabila berjaya meledak gol ke-51 peribadinya dalam 50 penampilan sejak 2021,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, menerusi kenyataan sama, penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias turut mencipta pencapaian baharu bersama JDT ketika aksi di Stadium Negeri, Kuching itu.

“Farizal Marlias membuat penampilan ke-200 sejak menyarung jersi Harimau Selatan pada 2015 dan menjadikan beliau pemain kedua selepas Safiq Rahim yang mempunyai lebih 200 penampilan dengan JDT,” jelas JDT.

Tambah menarik, Syahmi Safari pula berjaya membuka akaun jaringan bersama JDT apabila menjaringkan gol ketiga Harimau Selatan ketika berdepan Sarawak United.

JDT yang juga juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut berada di kedudukan teratas liga musim ini dengan mengumpul 32 mata selepas mengharungi 12 perlawanan. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?