Beregu Wanita Negara, Pearly Tan-M Thinaah Meraih Emas Buat Malaysia

Penutup @birminghamcg22 yang manis dengan pingat Emas 🥇 buat Malaysia. Kemenangan mudah sebentar tadi. Terima kasih & tahniah, girls.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meraih emas buat Malaysia selepas menewaskan Chloe Birch- Lauren Smith (England) pada Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi.

Pada aksi akhir di National Exhibition Center (NEC) di sini, hari ini mereka berjaya menundukkan wakil England, Chloe Birch- Lauren Smith, 21-5, 21-8.

Pearly, Thinaah rangkul emas ketujuh negara

Ia adalah emas kedua disumbangkan skuad badminton negara selepas memperoleh emas dalam acara berpasukan campuran.

Pemain badminton juga menyumbang dua gangsa semalam menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Malaysia melengkapkan kempen temasya Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Upacara penutup temasya edisi ke-22 itu akan berlangsung di Stadium Alexander, Perry Barr, di sini pada jam 8 malam waktu tempatan (3 pagi, waktu Malaysia, 9 Ogos).

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?