fbpx

Berbuka Puasa Dengan Pemandangan “drawbridge”

Assalam… Orang kuantan meriah berbuka puasa di padang bersebelahan masjid, orang KL di dataran merdeka, orang terengganu juga tidak mahu ketinggalan.

Rasanya ramadhan tahun ini adalah kali pertama orang terengganu berbuka puasa bersama suasana senja yang indah berlatarbelakangkan Ikon terbaru pelancongan negeri – Drawbridge – di muara sungei terengganu.

Cuacanya mungkin tidak sejuk saperti di london yang ada tower bridge di sungei thames tapi Draw Bridge ada kelebihan.

Ia miliki suasana muara sungai dan berbuka puasa di bawah keindahan langit senja berwarna warni di tepian laut china selatan

Sumber : Abdullah Hassan

Iftar pemandangan ‘drawbridge’

KUALA TERENGGANU: “Saya memang teringin sangat merasa suasana berbuka (puasa) di sini, dengan pemandangan ‘drawbridge’.

“Ternyata tak sia-sia saya datang dari Besut sejauh lebih 100 kilometer (km) bila dapat menyaksikan dan merasai sendiri suasana iftar di sini,” kata Busyairi Rahman, 23, dari Kampung Padang Baloh, Besut.

Busyairi ditemui ketika menanti waktu berbuka di dataran Taman Syahbandar di sini, semalam.

Kawasan di pinggir Sungai Terengganu itu menjadi tumpuan penduduk Terengganu sejak kebelakangan ini berikutan pemandangan menarik berlatarbelakangkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’.

“Bila dapat tahu tempat ini dikunjungi orang, saya terus hubungi dua rakan baik yang tinggal di Kuala Terengganu, dan selepas berbincang kami setuju untuk berbuka puasa bersama-sama hari ini (semalam),” katanya.

Beliau datang bersama dua rakan, Mohd Imran Hakimi Ramlan dan Tengku Mohammad Amiruddin Ihsan Tengku Yunus, masing-masing berusia 24 tahun.

Bagi penuntut kolej, Nor Syafiqah Ramli, 20, pengalaman berbuka puasa di kawasan itu begitu mengujakan.

“Tak sangka di Terengganu ada kawasan menarik seperti ini, boleh dijadikan tempat pelancongan baru pula.

“Seronok sangat bila sampai, ternyata kawasan ini lebih comel (menarik) berbanding dalam gambar yang tular di media sosial,” katanya yang datang bersama lima rakan.

Sumber : Berita Harian Online

Komen Anda?