fbpx

Berang Gagal Ujian Memandu, Penuntut Kolej Acukan Pisau Ke Pegawai JPJ

Berang gagal ujian memandu, penuntut kolej acukan pisau ke pegawai JPJ…

terimalah suratan takdir dik oiii…

AKIBAT tertekan gagal ujian memandu buat kali keempat, penuntut kolej bertindak menghunuskan pisau terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, di Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian 10.23 pagi itu, suspek lelaki berusia 18 tahun berkenaan menjalani ujian memandu bersama anggota JPJ berusia 34 tahun terbabit.

Katanya, penuntut itu yang menjalani ujian ulangan buat kali keempat melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Berikutan itu anggota terbabit memberitahu calon dia gagal lalu meminta memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Ketika mahu menukar pemandu, suspek mengambil beg yang dibawa lalu mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30 sentimeter,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Mohd Nor Marzukee berkata, suspek menghunuskan pisau pada rusuk kanan anggota JPJ berkenaan dan dengan tegas memaklumkan mahu lulus ujian memandu.

“Anggota terbabit bagaimanapun dapat membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaan berkenaan sebelum menghubungi penyelia calon dan polis bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan membawa suspek ke Balai Polis Mantin, di sini.

“Ujian air kencing turut dilakukan ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur namun mendapati dia negatif dadah. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh,” katanya.

Sumber : Viral.My Original

Komen Anda?
Related Post
Plus Buka Stesen Penguatkuasa JPJ Di R&R

Lebuhraya Utara-Selatan di R&R Pagoh (Arah Selatan) Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga PLUS BUKA STESEN PENGUATKUASA Read more

JPJ Jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kepada Orang Ramai

Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi Read more

Sebuah Mini Cooper Antara 87 Kenderaan Disita JPJ Untuk Lelongan

Melaka, 22 Julai 2019:: Hari ini sidang media Pengarah JPJ Melaka telah diadakan bagi pemakluman Read more

JPJ Datang Ke Rumah, Bapa Perjelas Kenapa Biarkan Anak Duduk Di Atas Bonet

Sejak bebarapa hari lalu, tular satu rakaman video dan gambar di media sosial memaparkan sebuah Read more