Beraksi Ditempat Lawan, JDT Menumpaskan Selangor FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas menewaskan Selangor FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim yang diturunkan malam ini untuk perlawanan Selangor FC.

Farizal Marlias (c), Matthew Davies, Afiq Fazail, Bergson da Silva, Gonzalo Cabrera, Shane Lowry, Azrif Nasrulhaq, Safawi Rasid, Natxo Insa, Maurício, Arif Aiman Hanapi.

Photo by JOHOR Southern Tigers

Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan pantas dan menguji kubu lawan masing-masing. Minit-minit terakhir separuh masa pertama JDT berjaya menjaringkan gol.

Hantaran lintang Matthew Davies berjaya di tanduk oleh Bergson ke gawang gol menewaskan penjaga gol selangor Azhan pada minit ke 45+1.

Jaringan Bergson memisahkan JDT dan Selangor pada separuh masa pertama!

Bersambung separuh masa kedua. Pada minit ke 62 Ifedayo berjaya menyamakan kedudukan buat Gergasi Merah dengan menandukkan penghantaran cantik oleh Oliver Buff.

Ketika perlawanan berbaki 11 minit, Davies kembali meletakkan JDT di depan selepas rembatannya dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan Khalid buat kali kedua.

Mohamadou Sumareh kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Selatan selepas meledak gol ketiga pada masa kecederaan.

Keputusan itu menyaksikan JDT yang juga juara bertahan Liga Super tujuh kali berturut-turut mengumpul 36 mata selepas mengharungi 15 perlawanan musim ini.

Selangor pula berada di kedudukan kelima dengan menghimpun 20 mata hasil daripada lima kemenangan, lima kali kalah dan seri lima kali.

Pemain Selangor, Syahmi Safari bekerja keras mengawal pemain muda JDT, Arif Aiman Hanapi dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya – Photo by JOHOR Southern Tigers

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS15

KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP14

Dua penjaring terbanyak #LigaSuper2021 setakat malam ini.

🟥🟨 Ifedayo Omosuyi – 14 gol 🟦🟥 Bergson da Silva – 13 gol

Get Well Soon Brendan Gan

Next Game JDT #LS16

LuaskanKuasamuJohor

Komen Anda?