Bekas Pemain JDT Nazrin Nawi Buat Penampilan Pertama, Melaka Duduki Tangga Ke-4 Liga Super 2019

Kekalahan kepada pasukan jiran, Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu nyata tidak menjejaskan moral anak buah Zainal Abidin Hassan apabila bangkit mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur malam tadi.

Percaturan berani Zainal Abidin merehatkan Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman, Mohd Shukor Adan dan R. Gopinathan dari kesebelasan utama nyata berhasil apabila tiga pemain yang di bawa masuk beraksi cemerlang.

Mohamad Faris Shah Mohd Rosli, Mohd Razman Roslan dan Mohd Nazrin Mohd Nawi menjadi antara watak penting dalam kemenangan ke atas Kuala Lumpur.

Paling mencuri tumpuan adalah debut Nazrin sejak menyertai Melaka United daripada Perak dan kehadiran pemain m ini membuatkan bahagian sayap kiri yang agak tenggelam dalam beberapa perlawanan kini menjadi ancaman kepada pertahanan lawan.Bermula garang menerusi percubaan Anslemo Arruda ‘Casagrande’ da Silva seawa minit pertama, Melaka United mengasak pertahanan lawan bagi mencari gol awal.

Usaha tersebut nyata berhasil apabila Darko Markovic berjaya menyelinap masuk ke dalam kotak penalti Kuala Lumpur sebelum menanduk masukan hantaran Mohamad Faris Shah untuk meletakkan tuan rumah 1-0 di depan.

Belum pun sempat pertahanan Kuala Lumpur memperbaiki kelemahan, Melaka United menggandakan jaringan selang dua minit kemudian.

Casagrande melakukan hantaran kepada Nazrin di sayap kiri sebelum membawa masuk bola ke kotak penalti dan melepaskan rembatan padu menewaskan Mohd Sharbinee Allawee Ramli pada minit ke-16.Melaka United sewajarnya mematikan harapan pelawat untuk meraih mata namun kegagalan menyempurnakan beberapa peluang keemasan membuatkan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan ini melonjakkan kembali Melaka United ke tangga keempat Liga Super dengan 10 mata daripada lima perlawanan.

Aksi seterusnya menyaksikan Melaka United akan bertandang ke Kuala Terengganu menentang Terengganu FC pada 9 Mac ini.

Sumber : MelakaKafa

Reaksi penjaring gol Melaka United Soccer Association – MUSA, Nazrin Nawi selepas perlawanan #MELKL sebentar tadi. Ini merupakan penampilan pertama beliau untuk pasukan barunya.

Video:-

Pemain sayap, Nazrin Nawi dipilih sebagai Man of the Match (Pemain Terbaik) Melaka United pada perlawanan ke-5 unifi Liga Super 2019 menentang Kuala Lumpur, malam ini (Ahad, 3 Mac).

Pemilihan Nazrin adalah berdasarkan prestasi luar biasa beliau pada perlawanan ini biarpun baru pulih daripada kecederaan.

Beliau bukan sahaja berjaya menyumbang gol buat pasukan hasil gerakan solo malah banyak melakukan hantaran silang yang seringkali mengancam kubu Kuala Lumpur.

Beliau turut melakuan larian-larian dari bahagian sayap yang mengelirukan pihak lawan selain menyukarkan pemain lawan mengawalnya.

Tahniah buat Nazrin Nawi, semoga dapat meneruskan momentum kecemerlangan pada perlawanan-perlawanan akan datang.

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS5 unifi LIGA SUPER 2019


VIDEO HIGHLIGHT MELAKA UNITED 2 – 0 KUALA LUMPUR FA (LIGA SUPER – MATCH 5)

Melaka United 2 – 0 Kuala Lumpur

 69 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?