BBC Labels JDT Among Best In The Region

BBC LABELKAN JDT ANTARA TERBAIK DI RANTAU INI DENGAN FASILITI DAN PENGIKUT SETANDING KEBANYAKAN PASUKAN EPL

Agensi berita global berpengkalan di Britain, BBC menyiarkan satu wawancara bersama pemain penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) Darren Lok yang menceritakan kisah beliau berhijrah ke Malaysia dari England. BBC turut menggambarkan Harimau Selatan kepada pembacanya di seluruh dunia.

“JDT adalah kelab terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara. Mereka mempunyai fasiliti dan pengikut yang mampu menyaingi kebanyakan pasukan Liga Perdana Inggeris dan mempunyai 700,000 pengikut di platform media sosial Instagram,” jelas BBC.

“Pembangunan dan penampilan di dalam Liga Juara-Juara AFC untuk kali pertama tahun ini banyak dipengaruhi pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail, yang merupakan seorang kerabat diraja.”

Juga disebut di dalam artikel itu adalah Darren Lok memberi kredit kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja sebagai penyebab pembangunan JDT hingga ke tahap seperti ini.

“Baginda adalah seorang yang bersemangat dan amat memberi sokongan, serta mempunyai visi yang hebat untuk memajukan kelab ini. Baginda juga sangat berpengaruh dalam dunia bola sepak dan merupakan sahabat karib kepada Peter Lim. Ramai pemain sudah melawat kelab ini sepanjang saya berada di sana – antaranya David Beckham, Robert Pires, Ronaldo, Alessandro Nesta dan Hernan Crespo.” Kata Darren kepada BBC.

Read more at https://www.bbc.com/sport/football/49693826