Bayangkan Kalau “Larangan Merokok” Juga Dikuatkuasakan Dalam Majlis Perkahwinan @ Seumpamanya

Cerr bayangkan kalau LARANGAN MEROKOK juga dikuatkuasakan membabitkan rumah kenduri dan majlis keramaian jamuan makan terbuka atau lain-lain seumpamanya…sesapa nak hisap rokok kena pi jauh lebih dari 3 meter dari kawasan tu, atau tuan rumah/tuan majlis siap2 boh dalam kad jemputan tentang LARANGAN MEROKOK di majlisnya…

Menteri kesihatan sedia berdepan semakan kehakiman larangan merokok

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan kesediaan untuk berdepan permohonan semakan kehakiman yang difailkan NGO Pertahankan Hak Perokok bagi mencabar larangan merokok di premis makanan seluruh negara yang berkuatkuasa hari ini.

“Saya sudah meneliti permohonan semakan kehakiman oleh tujuh individu dan peguam mereka Haniff Khatri.

“Kita sedia untuk berdepan perkara ini, untuk berjumpa mereka di mahkamah, kerana kita yakin kita berada di landasan yang betul,” kata Dzulkefly pada sidang media selepas program tinjauan di beberapa kedai makan di Bandar Seri Permaisuri, Cheras.

Tujuh anggota pro-tem Pertahankan Hak Perokok – Mohd Hanizam Yunus, Mohd Laisani Abdullah dan lima yang lain – semalam menamakan Kementerian Kesihatan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

NGO berkenaan memohon mahkamah membatalkan larangan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tersebut kerana mendakwa larangan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, mereka juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah penggantungan terhadap penguatkuasaan larangan itu sehingga semakan kehakiman mereka didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

Pertahankan Hak Perokok menyatakan asas bagi permohonan mereka antaranya adalah ia bertentangan dengan Perlembagaan memandangkan merokok bukan jenayah, dan mempunyai hak sama rata dengan golongan yang tidak merokok.

Bagaimanapun, Dzulkefly hari ini berkata kerajaan sedang meneliti kemungkinan meluaskan lagi larangan berkenaan ke premis lain yang mempunyai risiko asap rokok terdedah kepada bukan perokok.

Antara lain, Dzulkefly menyebutkan premis perkhidmatan dobi, yang menurutnya kerana ibu bapa sering membawa anak-anak mereka.

Oktober lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di semua premis makanan di seluruh negara.

Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun.

Pemilik premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok akan didenda maksimum RM2,500.

Perokok bagaimanapun dibenarkan merokok 3 meter (kira-kira 10 kaki) dari premis makanan.

Sumber : Malaysiakini

Ada beberapa respon masyarakat dalam menyikapi arahan/undang-undang larangan merokok:

1. Perokok yang akur dan patuh terhadap arahan. Mereka bergerak ke tempat yang sesuai untuk menghisap rokok. Ucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka kerana mematuhi arahan dan telah selesakan kita di ruangan terbuka kedai makan. Terima kasih!

2. Perokok yang tidak mahu akur. Mereka tetap berdegil, tidak kisah dikompaun, tidak kisah bertegang urat dengan mereka yang menegur bahkan gigih bawa isu larangan ini ke mahkamah!

3. Kelompok yang tidak jelas apa yang mereka mahukan. Majoriti kita maklum larangan ini punyai kebaikan yang lebih besar dari sudut sama ada kesihatan, kewangan dan lain-lain. Usaha ini patut dipuji, disokong dan dibantu penambahbaikan bagi sudut yang punyai kekurangan. Tetapi mereka dalam kelompok ini memilih untuk konsisten mengejek, menyindir dari berbagai sudut yang mahu menperlekehkan usaha ini sehingga pada tahap mungkin berhajat usaha ini gagal?!

Akhirnya…apakah kita memang berjiwa kotor untuk melihat segala benda baik gagal? Atau itu sememangnya warna hati nurani kita? Atau kita perlu muhasabah agar lebih lunak dengan perkara yang baik untuk diri, keluarga (isteri/anak), agama, bangsa dan negara?

Sebenarnya kita ini apa dan mahukan apa ya?

Sumber : Abu Hafiz Salleh Hudin

Komen Anda?