Batal Hasrat “Terjun” Setelah Di Pujuk Anggota Bomba

Alhamdullilah.. 1 nyawa berjaya diselamatkn.. Kes cubaan bunuh diri.. Tahniah pd anggota bomba krn berjaya pujuk mangsa dr buat perkara bodoh.. aduh.. napo ambil jln mudah.. masalah boleh diselesaikn dgn cara yg btol..

Bomba berjaya pujuk, lelaki batal hasrat bunuh diri

PIHAK bomba memujuk seorang lelaki yang ingin membunuh diri sebelum membatalkan hasratnya lalu berjaya diturunkan dengan bantuan 17 anggota di tingkat empat, CIQ, Johor Bahru, petang tadi. – Ihsan Bomba

JOHOR BAHRU – Pasukan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memujuk seorang lelaki yang nekad ingin membunuh diri di tingkat empat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di sini petang tadi.

Pegawai Operasi Bomba, K. Karupanan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.35 petang sebelum menggerakkan 17 anggota bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan Bomba dan Penyelamat di lokasi kejadian didapati terdapat seorang lelaki berusia 30-an ingin membunuh diri di tingkat empat bangunan tersebut.

“Lelaki itu bagaimanapun berjaya dipujuk oleh pihak bomba kira-kira 30 minit kemudian dan membawanya turun dalam keadaan yang selamat menggunakan Aerial Ladder Platform (ALP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi menyelamatkan yang cuba membunuh diri itu ditamatkan pada pukul 5.15 petang. – UTUSAN ONLINE

#09 JUN 2019 : Khidmat kes penyelamatan cubaan bunuh diri di alamat Bangunan CIQ diketuai PBK II Kilok Lampas bersama anggota pasukan B

 53 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?