Barisan Pemain Ke-12 JDT Siap Sedia Gempur Vissel Kobe

Pasukan Johor Darul Ta’zim  (JDT) memulakan cabaran dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bagi kumpulan G dengan menentang menentang kelab ternama dari, Jepun iaitu pasukan Vissel Kobe.

Pertemuan ini bukan sahaja menyaksikan JDT berdepan dengan sebuah pasukan kelab yang hebat malah JDT terpaksa mengharungi 90 minit perlawanan dalam cuaca sejuk. Namun bagi semua barisan pemain-pemain JDT, faktor ini bukan penghalang untuk mereka mencipta kejutan di tempat lawan.

Kelab mempunyai penyokong fanatik yang sentiasa datang memberi sokongan. Namun pemain Harimau Selatan tidak perlu merasa gentar atau gugup akan kehadiran mereka kerana walau sehebat manapun kelab yang bakal mereka hadapi, penyokong setia Harimau Selatan pasti akan mengekori.

Sorakan dan laungan “ Luaskan Kuasamu Johor”, “Ayuh Merah Biruku” dan “Lagu Bangsa Johor” antara yang bakal berkumandang membelah lautan penyokong kelab “Matahari Terbit” kelak. Kita mungkin tidak mampu untuk melawan suara di stadium tersebut namun kita boleh membuka mata mereka bahawa JDT bukan biasa-biasa! Para Penyokong JDT Kini Di Jepun dalam memberi sokongan kepada pasukan JDT. Tahniah Semua….

Photo By Farhan Khair

SALAM DARI KYOTO UNTUK SEMUA PENYOKONG JDT

Hanya sehari sahaja lagi, kelab bolasepak JDT akan bertemu pasukan Vissel Kobe di Noevir Stadium Kobe.

Masih tertunggu-tunggu media massa menyiarkan berita melibatkan satu-satunya kelab bolasepak di Malaysia yang bertanding di dalam Liga Juara-Juara AFC. Pelik, terlalu pelik.

Sedangkan di pekan Kyoto ini pun, ada yang tegur bila melihat saya mengenakan pakaian yang tertera nama Johor Darul Ta’zim.

“Are you from Malaysia? You are coming Japan to watch football?”, tertanya seorang lelaki tua yang menjaga tiket Hankyu Line Express di stesen Awaji tadi. Hanya mampu menjawab ya dan membalas dengan senyuman.

Wahai penyokong Johor, bangkitlah. Telah lama kita rehat daripada melaungkan kata keramat “Luaskan kuasamu Johor!”. Ada di antara kita yang telah bosan kerana hidup tanpa bolasepak adalah tidak masuk akal. Kita khabarkan pada semua, besok adalah hari perlawanan. Besok adalah hari Safawi Rasid bersemuka dengan Andres Iniesta!

Teruskan menyokong. Pedulikan negativiti. Tingkatkan positiviti. Biarkan musuh kita dibuai dengan gosip tidak berfaedah. Yang penting kita teruskan sokongan terhadap pasukan kesayangan kita. Ini Johor, kita terus maju kehadapan!

Johor akan sentiasa jadi Johor.

SALAM DARI KYOTO UNTUK SEMUA PENYOKONG JDT*******Hanya sehari sahaja lagi, kelab bolasepak JDT akan bertemu pasukan…

Posted by Farhan Khair on Isnin, 10 Februari 2020

Misi bawa semangat JDT ke Jepun.
JFC dan KVS minta laluan
Tak berkira berapa kos sekali pun
Stadium Kobe City bakal kami tawan.

Banner dan mafla kami bawakan..sebagai tanda adanya pahlawan..walaupun sukar penuh cabaran..berundur kami bukan pilihan.

Ayuh penyokong JDT..kita jumpa di Kobe..
Doakan perjalanan pemain dan penyokong JDT..yang berjuang demi lencana di dada.

Assalamualaikum dan salam muhibah.Berita dari JFC bersama KVS.Misi bawa semangat JDT ke Jepun.JFC dan KVS minta…

Posted by JOHOR FAN CLUB on Isnin, 10 Februari 2020

Steady semua semoga dipermudahkan segala urusan kalian dan semua penyokong JDT yang hadir ke sana.

Komen Anda?